"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Friday, November 5, 2010

Jawatan Kosong


Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan
jawatan:

Makmum Solat Jemaah Lima Waktu

Pendapatan Lumayan: 27 kali ganda pahala (5 x sehari)

Elaun Perjalanan: 1 langkah ke masjid/surau = 1 pahala dan terhapus 1 dosa

Bonus Bulanan / Mingguan: Khutbah Jumaat, Kuliah Maghrib dan Kuliah Subuh

Kelayakan:

Lelaki dan Perempuan, Tidak Gila dan Tidak Uzur Syar’ie

Hadir Temuduga:

Di masjid dan surau berdekatan kediaman anda
Waktu: Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya’

Tarikh Tutup:

Sebelum Mati atau Tiba Hari Kiamat

3 comments:

  1. untuk mengisi "jawatan kosong" diatas elaun-elaun yang perlu ditambah ialah seperti berikut :

    1.Jangan marah dan herdik kanak-kanak yang buat bising dan main-main kat belakang (ruang lobi)kerana kanak-kanak tersebut adalah "ahli syurga" yang sepatutnya kita galakan mereka datang ke masjid.Apabila dimarahi atau diherdik oleh sesiapa yang berkenaan,mereka serik untuk datang ke masjid.

    2.AJK masjid sila fikirkan kaedah yang sesuai untuk mengawasi kanak-kanak tersebut untuk terus datang ke masjid dan tidak menganggu jemaah lain untuk mendengar kuliah.

    3.Sy dimaklumkan oleh seorang sahabat AJK masjid TJ ada seramai 41 org..betul ke?kalau berita ini benar..maknanya pecah rekod di Pahang ni..mungkin di Malaysia! dan kalau AJK seramai itu benar..bermesyuaratlah dan carilah kaedah yang sesuai untuk mengawasi kanak-kanak ini daripada menganggu jemaah yang sedang mendengar kuliah..bukan marah dan herdik mereka!

    4.Bila kanak-kanak nak datang Masjid,sebenarnya secara tak langsung mak ayah mereka juga berminat nak datang dan ini adalah salah satu cabang dakwah..betul kan ustaz?

    sy mendapat khabar ini dari seorg qaryiah kita yang sekarang ni beliau sy perhatikan kurang datang ke masjid,bila sy bertanyakan perkara ini beliau memaklumkan anaknya telah dimarahi dan diherdik oleh "seseorang" kerana bermain-main dibelakang (lobi) masjid..jadi beliau pun "terasa" sedikit hatinya..

    sy cuba mengajaknya kembali ke masjid tapi mungkin mengambil sedikit masa kerana hati org berumur ni maklumlah...apa pun "elaun" ini diharap diluluskan oleh "kabinet" dan rasanya tak perlu untuk dibahaskan. wasallam.

    ReplyDelete
  2. Pada hemah saya, org yang paling sesuai utk mendidik anak-anak yg hadir ke masjid ialah

    1. Ibubapa sendiri, dgn memberi tunjuk ajar dan teguran yg sepatutnya mengenai adap dmasjid.

    2. Ahli jemaah yg lain akan menegur dan membawa mereka dgn cara berhemah untuk mlakukan yg sepatutnya supaya kanak2 ini merasa selesa brada dmasjid, tidak perlulah kita menegur sampai memarahi mereka.
    Tidak kiralah anak2 ini dtg bersama kluarga @ bsorangan dan ibubapa haruslah bfikiran tbuka apabila ada jemaah yg mnegur anak kita - ini sgt penting.

    3. Imam masjid, hendaklah mgambil peranan utk memastikan anak2 telah bsiap-sedia sblum memulakan solat dgn dbantu oleh jemaah. Jgn mulai solat slagi mereka masih tidak bsedia. Dgn cara ini mereka akan brasa sentiasa dperhatikan ketika dlm masjid.

    Suasana masjid lbih harmoni skiranya semua bgandingan dan jgn lah kita mletakan pd AJK smata2.

    Masjid Untuk Semua.

    maaf skiranya komen ni tlanjur.

    ReplyDelete
  3. benar saudaraku...orang yang paling utama dalam mendidik anak2 adalah ibu dan bapa mereka sendiri.Namun begitu,di dalam masalah diatas sekiranya kita mengatakan "ni kena suruh mak ayah mereka kawal supaya jgn bising dan main2" pada pandangan sy amat tidak tepat..kerana

    1.bukan semua kanak-kanak ini datang ke masjid bersama ibu bapa mereka.kebanyakannya bersama kawan2.

    2.kanak akan mendengar kata ibubapa mereka sewaktu bersama tetapi tidak akan ingat apa yang ibubapa mereka pesan bila tiada bersama rakan2 kerana itu fitrah kanak2

    3.adakah selesai atau berjaya dengan hanya menyuruh kanak2 diam atau meminta mereka jangan bermain2 di masjid??? sy pasti jawapannya pasti tidak..ini krn mengikut pengamatan sy kanak2 tidak akan berhenti bermain selagi mereka tidak diberi alternatif lain.

    4.mengikut satu kajian biologi dari satu sumber yang boleh diterima kanak yang aktif bermain kerana mereka mempunyai tenaga,kreativiti,keinginan,peluang dan mereka akan memaksimakan semua sumber diatas sehingga mereka berasa letih.selepas berasa letih,barulah mereka berhenti bermaian.

    5.disinilah yang sy maksudkan melalui komen terdahulu bahawa AJK Masjid perlu melakukan sesuatu untuk mereka "melepaskan" tenaga,kreativiti,keinginan dan peluang dalam masa yang sama mereka sangat kuat "keinginan" untuk datang ke masjid..ahli qariah tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan perkara seperti ini kerana setiap masjid mempunyai organisasi yang bertangungjawab diatas segala program di masjid.

    6.qariah tj boleh membuat cadangan sahaja namun yang menentukan sesuatu program itu boleh dilaksanakan adalah AJK Masjid melalui nasihat pejabat agama daerah.(ini yang sy maksudkan,bukanya mahu meletakan semua hal kepada AJK...:)

    7.apapun sy sentiasa mendoakan yang terbaik untuk masjid kita dan usaha kita untuk mengimarahkan dan memakmurkan masjid kita insyallah akan berjaya namum memerlukan perancangan yang teliti dan konsisten, insyallah.

    kepada saudaraku justsmile,maafkan sy sendainya cadangan sy itu tersilap namun bagitu sy amat berterima kasih kepada saudara.

    ingatlah..kanak2 yang ada hari ini adalah bakal menganti kita di hari esok..marilah kita berusaha supaya mereka "mahu" datang ke masjid..bukanya menjauhkan diri dari masjid.

    wassalam.

    ReplyDelete