"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Saturday, April 23, 2011

masjid cantik

Brunei

masjid sultan, Singapura

Pakistan/india

masjid nabi
apabila hampir kiamat, manusia  bermegah-megah dengan membina masjid yang cantik, tetapi kosong dari orang sembahyang. Perhatikanlah di karyah masing-masing, datanglah ke masjid, sembahyanglah berjamaah setiap waktu. Bawalah anak-anak lelaki solat berjamaah di masjid.

Sunday, April 17, 2011

Solat berjamaah isu dan cabaran

 Solat berjamaah isu dan cabaran
Solat berjamaah sangat dituntut oleh Rasulullah

masjid kampung tebal seberang temerloh



Beberapa isu patut diberi perhatian supaya makmum suka datang berjamaah di masjid. Antara konsep yang patut difikirkan ialah masjid mestilah mesra pelanggan. Perkaara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

1) Tandas yang selesa dan bersih.
banyak tandas masjid kotor dan tidak dijaga. pintu tak boleh dikunci, pam tak berfungsi, getah paip tiada, gayung tidak disediakan, bau busuk dll.
Tindakan: bersihkan tandas, baiki pintu dan pengunci, gayung/ getah paip disediakan dll


2)Tempat wuduk yang selesa

paip yang mencukupi, tempat wuduk wanita bertutup, gayung disediakan, kebersihan dijaga
masjid bera

3) Ruang solat yang selesa

4) Tempat parking

5) Tempat rehat

6) jika dapat, sediakan ruang makan seperti di masjid Ghufran Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur. Di tingkat bawah ada cafe tempat makan dan ditingkat atas ada bilik hotel untuk tetamu yang perlu bermalam.

7) sistem pembesar suara yang baik.
 Banyak masjid gagal dalam hal ini. ada masjid yang sangat kuat bunyi azannya sehingga makmum dalam masjid sakit telinga mendengarnya. Sepatutnya azan dilaungkan keluar masjid supaya orang kariah mendengarnya dan datang ke masjid, bukan dihalakan kepada ahli jamaah yang sedia ada dalam masjid.

Saturday, April 16, 2011

Dr Zahazan Muhamad di masjid taman temerloh jaya

"Antara dua darjat" tajuk ceramah us. Zahazan Muhamad yang diadakan di masjid taman temerloh jaya pada 15.4.2011, jumaat malam sabtu.

antara kandungan ceramah; gesaan supaya
suka memberi hadiah kerana dengan
memberi hadiah, akan lahirlah kasih sayang.
Ustaz zahazan sedang menyampaikan ceramahnya.
antara hadirin yang hadir.

menjamu selera selepas ceramah

semestinya patin
antara tetamu yang hadir: us. mat zin dan us fikri
Tutupilah aib orang lain, bukan mendedahkannya.


Ziarah menziarahilah antara sesama muslim. Para sahabat pergi menziarahi ummu aiman selepas kewafatan rasulullah.

Forum al Muqarrabin

Forum al-Muqarrabin telah diadakan di masjid taman temerloh jaya pada 10.4.2011 ahad malam

 usNorHamizi bin Jamaludin us Jamaludin bin Salleh dan us Hamdan Yusi Yusof

kamera man En. Yaziz
 Tajuk: semakin lama semakin sayang.

Sunday, April 3, 2011

Perpustakaan masjid.

Perpustakaan Vatikan Rom.

Perpustakaan Habibie - Indonesia

Perpustakaan Riau, Pekan Baru Indonesia

Perpustakaan Iskandariah Mesir.
Setakat ini, masjid taman Temerloh Jaya belum lagi mempunyai perpustakaan. kami fikir sudah sepatutnya masjid mempunyai sebuah perpustakaan. bilik mesyuarat bolehlah digunakan secara bersama sebagai perpustakaan. masjid akan mengumumkan perkara ini kepada ahli jamaah dan meminta ahli jamaah memberi sumbangan untuk penubuhan ini sama ada dalam bentuk bahan bacaan, rak atau wang.