Tajuk : Syirik.
Intisari:-
1. Firman Allah dlm surah An-Nisa` 48; `sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik kepadanya dan akan mengampunkan dosa yang lain bagi sesiapa yang dikehendakinya, sesiapa yang syirik kepada allah, sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.'
2. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya; ketahui olehmu, ada tiga dosa yang paling besar yang dilakukan oleh manusia dan dimurkai oleh Allah; pertama Syirik kepada Allah, kedua durhaka kepada kedua ibu bapa dan ketiga bersaksi palsu atau berkata dusta.
3. Syirik bermaksud menduakan Allah dengan sesuatu samaada dalam amalan atau semasa melakukan ibadah kepada Allah. Syirik boleh berlaku dalam berbagai bentuk atau tindakan seseorang.
5. Syirik akan membatalkan segala amalan seseorang seperti sembahyangnya, puasa, zakat, haji, sedekah dll.
6. Orang yang syirik adalah sesat yang amat jauh. `sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang syirik kepadanya dan akan mengampunkan dosa selain dari itu bagi sesiapa yang ia kehendaki. Sesiapa yang syirik terhadap Allah, sesungguhnya ia telah sesat dalam kesesatan yang sangat jauh.' (an-nisa` 116)
8 (a) syirik jali seperti menyembah patung berhala, mematuhi taghut dll
8 (b) syirik khafi ialah riyak, menunjuk-nunjuk dan membuat amalan kerana manusia.
9 Syirik berlaku dalam 3 keadaan: hati, perbuatan dan perkataan.
Hati - aqidah, seperti meragui ajaran/perintah allah dengan menganggap ianya tidak sesuai dengan zaman
Perkataan - berkata sesuatu yang berlawanan dengan sifat allah.
10. Jauhilah syirik kerana syirik membawa ke neraka.
Assalamualaikum orang temerloh.
ReplyDelete