"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Sunday, October 31, 2010

Siapa yg Allah Pilih Datang ke Masjid?

Tuan nak tahu siapa yang Allah pilih untuk datang ke masjid? Tentulah Allah pilih orang yang terbaik, orang yang hebat, yang warak, yang alim, yang beriman, yang bertaqwa, yang takut kepada Allah, yang berserban, berkopiah, bersongkok, berjubah, berbaju melayu, berTshirt, berkain pelikat, berseluar, berpendidikan agama, berpendidikan akademik, sekolah tinggi, universiti, luar negara.....

Dari Ibnu Abbas, sabda Nabi s.a.w `sesiapa yang mendengar azan dan tidak pergi menunaikan sembahyang berjamaah tanpa uzur, solahnya tidak akan diterima. Para sahabat bertanya apakah uzur? Rasulullah menjawab, takut atau sakit `(R.Abu Daud)

Dari Muaz bin Anas,  Rasulullah bersabda `sungguh-sungguh zalim, kufur dan nifaq sesiapa yang mendengar azan tetapi tidak pergi menunaikannya.` (R.Ahmad dan Tabrani)

Sebenarnya,  siapa yang Allah pilih datang ke masjid, ia pasti datang. Orang yang datang itu, pastilah ia dipilih oleh Allah. Sesiapa yang tidak dipilih oleh Allah, pasti orang itu tidak datang ke masjid. Jika subuh tadi ada 80 orang yang datang solat di masjid, maka 80 itu pastilah orang yang Allah pilih. Selain dari itu tidak terpilih. Jika saya datang, saya terpilih, jika saya tak datang, saya tak terpilih. Berdoalah kepada Allah semoga kita sentiasa dipilih oleh Allah 5 kali sehari semalam sehingga kita mati.

Koleksi gambar masjid tj





Thursday, October 28, 2010

Hari Jumaat

Kata Imam Syafi`i di dalam kitab Al- Umm `aku menganjurkan membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat.` Imam Nawawi dalam kitab Al-Azkar juga menganjurkan membaca surah al-Kahfi pada siang Jumaat.

Dari Abu Hurairah, Abu Al-Qasim (nabi) s.a.w. bersabda ` sesungguhnya pada hari jumaat ada satu saat apabila seorang muslim bersembahyang, lalu memohon suatu kebaikan, pasti Allah akan memenuhinya.`

Dari Abu Said Al-Khudri Rasulullah s.a.w bersabda `mandi pada hari jumaat wajib ke atas semua orang dewasa dan bersiwak (menggosok gigi) dan memakai wangi-wangian semampunya.`

Dari Abu Wa`il, dari Ammar, Nabi s.a.w bersabda `sesungguhnya panjangnya sembahyang (jumaat) seseorang (imam) dan pendek khutbahnya adalah tanda kefahamannya (dalam agama). Maka panjangkanlah sembahyang dan pendekkanlah khutbah, sesungguhnya sebahagian dari kefasihan (khutbah) itu memukau.`

Dari Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda `apabila kamu selesai mengerjakan solat jumaat, solatlah empat rokaat (sunat selepas jumaat)`.

Dari Hakam bin Mina, Rasulullah s.a.w. bersabda `hendaklah berhenti golongan yang tidak solat jumaat itu dari perbuatan  tidak solat jumaat  atau  Allah akan benar-benar menutup hati mereka sehingga mereka menjadi orang yang lalai.`

Sunday, October 24, 2010

Selamat Datang



Selamat datang ke blog Masjid Temerloh Jaya.

Bersyukur kepada Allah Taman Temerloh Jaya telah mendapat masjid baru. Ini semua adalah pemberian daripada Allah. Allah Maha Kaya. Kerana itu kita mestilah bersyukur kepada Allah dengan cara mentaati perintahNya berpandukan sunnah Nabi SAW.

Perbetulkanlah konsep syukur kita daripada menentang hukum hakam Allah kepada tunduk dan patuh kepadaNya. 

Solat Berjemaah

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli qaryah yang telah terpilih untuk hadir sembahyang berjemaah di masjid setiap waktu. Sesiapa yang tidak dipilih oleh Allah, dia tidak akan dapat hadir. Setakat hari ini, antara 6-8 saf jemaah hadir untuk solat Maghrib Isyak. Kita mensasarkan setiap waktu para jemaah hadir seperti Sembahyang Jumaat. 

Bawa Anak-anak Lelaki

Para jemaah diminta membawa anak masing-masing untuk berjemaah di masjid bagi melatih anak-anak kita bersolat jemaah sejak dari kecil lagi (7 tahun). 
Kelas Pengajian

Setiap Maghrib Isyak, masjid menyediakan kelas-kelas pengajian. Antara tenaga pengajarnya ialah Ustaz Abdullah Ibrahim, Ustaz Badrul Hisham Al Hafiz, Ustaz Ibrahim bin Jamin, Ustaz Asri, Ustaz Haslan dll. 

Kelas Pengajian Muslimat

Selasa (9-11 pagi): Tafsir Ibnu Kathir
Rabu (5.30-6.30 petang): Aqidah
Sabtu (9.30-11 pagi): Tafsir

Penglibatan

Semua penduduk Taman Temerloh Jaya dan kawasan sekitar dijemput untuk menghadiri program.

                                                   

                                               Masjid Temerloh Jaya