"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Saturday, January 29, 2011

Mesyuarat Agong Masjid Taman Temerloh Jaya

Masjid Taman Temerloh Jaya akan mengadakan mesyuarat agong seperti butiran berikut:

Perkara: Mesyuarat Agong Masjid Taman Temerloh Jaya.

Tarikh:10.2.2011

Hari: Khamis malam Jumaat

Masa: Lepas Solat Isyak (9.30 malam)

Tempat: Dewan Solat Masjid Taman Temerloh Jaya.

(sila dapatkan borang usul di masjid dan berilah usul terbaik yang tuan ada untuk kebaikan umat Islam dan masjid)

Semua ahli qariah dijemput hadir.

Tuesday, January 18, 2011

Kuliah: Fiqh Sunnah Syed Sabiq - Ustaz Fikri al-Hidayah.

Masjid Lama Taman Temerloh Jaya (Masjid An-Najah) akan mengadakan kuliah kitab Fiqh Sunnah karangan Syed Sabiq. Kuliah akan disampaikan oleh Ustaz Fikri al-Hidayah. Jadual Kuliah seperti berikut:

Tajuk: Kitab Fiqh Sunnah - Syed Sabiq
Tempat: Masjid Lama Taman Temerloh Jaya (an-Najah)
Masa: Maghrib-Isyak
Hari : Jumaat malam Sabtu setiap minggu.
Penyampai: Ustaz Fikri Al-Hidayah
(asalnya nak bawa kuliah ini ke masjid baru tj, tapi takda ruang, terpaksalah bawa ke masjid lama...)

masjid kg telok ira

masjid kg berhala gantang

masjid baru pekan

masjid ulu jempul
Para ahli Qariah taman temerloh jaya dijemput hadir.

Sunday, January 16, 2011

Lawatan benchmarking ke Masjid Bandar Baru UDA Johor Bharu.

AJK masjid taman temerloh jaya mempelawa mana-mana individu lelaki dan perempuan untuk menyertai lawatan benchmarking ke masjid bandar baru uda di johor baru. Butir-butir lawatan seperti berikut:

masjid bandar baru uda jb
Perkara : Lawatan ke masjid bandar baru uda johor baru
Tarikh: 3 & 4 Februari 2011 (Khamis dan Jumaat)
Masa: 8.00 pagi
Kos : Bas RM50.00 Penginapan RM50.00
masjid bandar baru uda JB
Daftar segera kepada S/U masjid: En Yazid

Pada tahun lepas AJK masjid telah membuat lawatan penandaaras (benchmarking) ke masjid Sri Petaling Kuala Lumpur dan masjid Ghufran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan untuk melihat kekuatan pentadbiran, pengurusan serta program masjid-masjid tersebut. 

Masjid ghufran mempunyai sekolah, restoran, bilik hotel di samping ruang pejabat dan ruang solat untuk lelaki dan perempuan.Untuk mengendalikan masjid itu mereka mempunyai pembantu tadbir, pegawai kewangan dan pekerja pejabat sepenuh masa. 

masjid ghufran kl
 

masjid sri petaling KL



masjid sri petaling KL


Di masjid Sri Petaling pula mereka mempromosikan program dakwah ke seluruh dunia di samping mereka menerima kunjungan para pendakwah dari luar negara. Mereka mempunyai sekolah agama serta tahfiz al-Quran, kedai buku dan keperluan agama - jubah, serban, minyak wangi, sugi dan lain-lain di samping menyediakan ruang iktikaf yang luas dan boleh tidur di sana.
masjid sri petaling KL
Masjid ini mempunyai kemudahan berpuluh-puluh buah tandas  dan bilik mandi disamping ampai kain. kantin disediakan untuk mereka yang khuruj fi sabilillah dengan bayaran yang murah.

KEMPEN 10 SAF

kempen supaya orang ramai datang solat berjamaah hingga cecah 10 saf
Sejak dua minggu lepas, masjid temerloh jaya telah memulakan kempen 10 saf, maksudnya mengajak orang datang beramai-ramai solat berjamaah setiap waktu di masjid sehingga mencapai 10 saf. Kini jemaah yang datang solat maghrib isyak sekitar 7 atau 8 saf dan diharapkan dengan kempen ini, saf akan bertambah hingga 10 saf pada akhir mac nanti. kita nak pecahkan mental block orang melayu yang tidak mahu solat berjamaah di masjid walaupun rumah berhampiran dengan masjid.  Umat Islam perlu sedar dan faham bahawa solat berjamaah adalah sunnah nabi dan nabi sentiasa solat berjamaah bagi setiap solat fardhu. Baginda hanya solat sunat di rumah. solat di rumah hanya dibenarkan (aula) bagi kaum muslimat. Kita menyeru ahli jamaah kariah temerloh jaya agar menyahut seruan kempen ini. Mereka yang mengabaikannya dianggap mensabotaj kempen - sebenarnya bukan sabotaj masjid atau ajk, tapi mensabotaj tuan punya solat itu sendiri iaitu Allah s.w.t.

Haram Merokok

Masjid Taman Temerloh Jaya kempen haram merokok
Majlis Fatwa kebangsaan telah lama mengeluarkan fatwa haram merokok tetapi tiada siapa perduli mengenainya. orang-orang Islam di malaysia tidak ambil tahu tentang ini. Saya tahu mengenainya apabila berkunjung ke masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu.Di masjid itu ada papan tanda yang memaparkan kenyataan majlis fatwa kebangsaan tersebut.

di masjid Kolej Islam Petaling Jaya juga ada tertampal kenyataan majlis fatwa itu di papan kenyataannya. Kerana itu saya telah pacakkan beberapa papan tanda haram merokok di sekolah menengah kg soeharto, hulu selangor.(tak tahulah masih ada lagi ke atau telah dicabut orang).

Apabila saya melihat ahli jamaah di temerloh jaya ramai yang merokok, malah sampai ke masjid dan tandas masjid pun mereka merokok, maka kami memasang dua papan tanda `haram merokok' di dinding masjid. Harapnya dengan papan tanda ini orang-orang Islam bolehlah bertindak meninggalkan amalan yahudi ini. (Nabi Muhammad S.A.W tidak merokok, kerana itu para pengikutnya janganlah merokok)

Kuliah agama ganti bacaan Yasin

 
Jadual majlis ilmu di masjid kg mempatih, lanchang.
Masjid Lama Taman Temerloh Jaya telah mengorak langkah awal tahun ini dengan membuat satu pembaharuan yang jarang-jarang orang berani membuatnya iaitu menggantikan program bacaan yasin malam jumaat kepaada kuliah agama. Walaupun pada mulanya ia berlaku kerana ustaz berkenaan tidak  `free' kecuali malam jumaat, tetapi akhirnya ia mendapat sambutan hangat dari para jamaah. ada jamaah yang sengaja datang pada malam berkenaan ke masjid lama semata-mata untuk program kuliah tersebut, walaupun biasanya beliau sembahyang di masjid baru.
Ustaz sedang minum ketika rehat sehabis kuliah 13.1.2011 

Teori yang digunakan adalah menaiktarafkan ahli jamaah, iaitu meminta mereka membaca yasin setiap hari, dan pada malam jumaat dan hari jumaat mereka membaca surah kahfi sebagaimana disarankan dalam hadis.Waktu maghrib isyak pula dimanfaatkan dengan kuliah agama. Di masjid lama, kitab yang digunakan adalah `Bimbingan Mukmin' (imam Ghazali).

Sunday, January 9, 2011

KELAS AL QURAN DEWASA

Mesyuarat

Kelas Al Quran dewasa Masjid Taman Temerloh Jaya akan bermula pada 10 Januari 2011, Isnin. Mesyuarat Kelas Al Quran ini telah dijalankan pada 09 Januari 2011 antara tenaga pengajar dan pelajar. Dua tenaga pengajar telah memberi kesanggupan untuk mengajar iaitu Ustaz Hj Abdullah bin Ibrahim dan Saudara Asrarullah Al Hafiz. 


Waktu pengajian ialah setiap hari selepas Isya' dan terbuka kepada semua muslimin. Yuran yang dikenakan ialah RM 30 sebulan. Sesiapa yang khatam 30 juzuk akan mendapat sanad. Pendaftaran masih dibuka. Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar di Pejabat Masjid Taman Temerloh Jaya.

Saturday, January 8, 2011

Kuliah Tafsir Ganti Bacaan Yasin.

kelas belajar agama di China

Khamis malam Jumaat baru ini (6.1.2011) bermulalah Kuliah tafsir di Masjid TJ. Pensyarah jemputan adalah Maulana Johari Ali dari Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Islamiah Sungai Salan Jerantut. Beliau memulakan kuliahnya dengan tafsir surah Yasin, mengambil sempena malam Jumaat. Biasanya orang melayu akan membaca yasin. Pertukaran dari bacaan surah yasin beramai-ramai pada malam itu kepada kuliah tafsir surah yasin adalah satu program menaiktaraf (peningkatan) para jemaaah yang selama ini hanya berada pada tahap membaca, kini dipertingkatkan ke peringkat mempelajari dan memahami surah ini. Maulana juga meminta para jemaaah agar menghafal surah ini. Kuliah ini akan dijalankan secara berjadual pada setiap khamis malam jumaat minggu pertama dan keempat setiap bulan. Adalah diharapkan agar para jemaah dapat menyebarkan maklumat ini dan orang ramai boleh menghadirinya.  Maulana juga menyebutkan bahawa pada malam jumaat dan hari jumaaat disunatkan membaca surah Kahfi
masjid di kowloon China
.

Saturday, January 1, 2011

Majlis Countdown 2011 Masjid TJ

Bacaan Ayat2 suci Al Quran oleh Ustaz Shafii b. Hanafiah
Sempena tahun baru 2011, Masjid Taman Temerloh Jaya telah berjaya mengadakan beberapa pengisian di dalam satu majlis yang dinamakan Countdown 2011. Majlis bermula selepas solat Maghrib dengan bacaan Al Quranul Karim oleh Ustaz Shafii bin Hanafiah, Johan Tilawah Al Quran Antarabangsa 2006.



Selepas itu, majlis diteruskan dengan persembahan bercerita Kisah Agama mengenai Pengorbanan Siti Hajar yang disampaikan oleh Adik Noramanina bt Hasanuddin, johan bercerita peringkat Negeri Pahang.

Adik Noramanina memperdengarkan ceritanya

Agenda seterusnya ialah Tazkirah Khas yang disampaikan oleh Ustaz Ari b. Awang, Pengurus Pusat Zakat Temerloh. Dalam tazkirahnya, kita dipesan supaya sentiasa mengingati mati dengan mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah seperti yang terkandung di dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah.  

Tazkirah Khas disampaikan oleh Ustaz Asri b. Awang
Majlis diteruskan dengan Aktiviti Nasyid Bermodul yang dipimpin oleh Hj Abdullah b Ismail. Dua buah nasyid bertajuk Demi Masa dan Alangkah Indahnya Hidup Ini dialunkan bersama-sama.

Nasyid Bermodul dipimpin oleh Hj Abdullah Ismail
Selepas itu, Ustaz Shafii bin Hanafiah dijemput sekali lagi untuk memperdengarkan bacaan Al Qurannya sebelum jemaah bersolat Isya'. Majlis diakhiri dengan qiamullail yang diadakan pada jam 4.30pagi. 
Ahli Jemaah yang hadir