"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Sunday, May 29, 2011

Siratul Mustaqim

Sabtu 28 Mei 2011 Masjid Taman Temerloh Jaya mengadakan ceramah
mengenai siratul mustaqim disampaikan oleh Ustaz Datuk Hassan Din Al-Hafiz.
Beliau menjelaskan bahawa pandangan sebelum ini mengatakan bahawa untuk sampai ke syurga seseorang perlu melalui sirat/jambatan yang merentangi neraka. Yang selamat dapat masuk syurga, yang jatuh, masuk ke neraka.
Beliau telah membuat kajian tentang ayat-ayat al-Quran dan hadis yang bersangkut paut dengan mahsyar dan sirat. Kesimpulan yang didapati berbeza dengan apa yang diajarkan seelama ini. Dia dapati sirat bukanlah jambatan tetapi jalan iaitu jalan yang lurus.
 Beliau dapati hadis yang menerangkan perjalanan yang dilalui manusia adalah menuju ke mahsyar, yg penuh dengan kesukaran dan duri yang mencangkuk mangsanya. Manusia dalam perjalanannya ke mahsyar terbahagi kepada  beberapa kumpulan. Ada yang berkenderaan dan sangat pantas, ada yang berjalan dan ada yang berjalan dengan muka.. Sampai di mahsyar, manusia dibahagi kepada 3 kumpulan. Pertama masuk ke syurga tanpa hisab, kedua masuk ke neraka tanpa hisab dan ketiga yang akan dihisab. (tidak disebut "dimatematik"... (orang melayu telah menukar nama subjek hisab kepada subjek matematik...)
Dalam kumpulan ke tiga, ada tujuh golongan yang diberi naungan... imam adil dll (hadis  7 golongan yang dinaungi allah di akhirat kelak) Yang berat amal baik akan dimasukkan ke syurga tanpa meniti sebarang jambatan, yang berat amal jahat, masuk ke neraka. (masuk melalui pintu yang boleh dibuka dan ditutup (berdasarkan quran). yang sama berat diletakkan di al-a'raf, tempat di antara syurga dengan neraka (baca surah al-a'raf dalam quran.)


patin, rusa dan ayam utan
Penceramah mengingatkan para pendengar supaya menyiapkan diri untuk menghadapi mahsyar.


Thursday, May 26, 2011

Maahad Tahfiz di Masjid Al-Mustaqimah Cheras


mehrab masjid

Pelajar tahfiz sedang belajar dalam masjid


ruang parking khas

Menara masjid uia gombak.

Program Bank Muamalat di Masjid TJ

Us. Mohd Hafiz Hj Fauzi sedang berceramah
 Ketua Panel Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad Al-Fadhil Ustaz Mohd Hafiz Hj Fauzi berceramah di masjid taman temerloh jaya pada hari khamis malam jumaat 19.5.2011 yang lalu. beliau menyeru umat islam supaya meninggalkan bank-bank riba dan berpindah ke bank syariah khususnya bank muamalat. menurutnya Allah dan Rasul mengisytiharkan perang terhadap mereka yang terlibat dengan riba. Mereka itu termasuklah saksi, juru tulis, pegawai, jaga, kerani dll yang turut terlibat dalam institusi riba
sebahagian hadirin



Us. bersama pengerusi masjid.

Monday, May 16, 2011

Prof Dr Mohd Arif Kasmo

juru teknik masjid, en rusli dan cikgu nik...
 Ahad 8.5.2011 Dr Arif Kasmo memberi kuliah subuh di masjid TJ. Beliau membicarakan mengenai kajian sains dalam quran. antara yang diulas ialah mengenai bilangan ayat dalam  quran, apabila di plotkan dalam graf, akan melahirkan huruf allah dan muhammad (jawi). beliau juga menerangkan bagaimana semut bercakap, besi, kosmos yang mengembang,tamadun kota sarang semut dll. beliau turut menjual buku tulisannya.


Prof Arif sedang berceramah

para jamaah yang hadir pada subuh itu.

Saturday, May 14, 2011

Bersama Palestin


 14.5.2011 Kuliah maghrib malam ini di masjid Taman Temerloh Jaya bertajuk `Bersama Palestin`. Kuliah disampaikan oleh En. Mohd Nizam bin Awang, Biro Haluan Palestin.

Antara kandungan kuliahnya beliau menjelaskan bahawa isu Palestin adalah isu aqidah kerana bumi umat islam serta kiblat pertama Islam sedang dijajah oleh Yahudi. Menjadi tanggungjawab seluruh umaat Islam untuk membebaskannya. Beliau menyeru umat Islam di temerloh jaya supaya bersama-sama berusaha untuk membantu umat Islam di Palestin membebaskan baitul maqdis. Rasulullah dan para sahabat dahulu berperang bermandi darah untuk Islam, marilah kita mencontohinya.

En Mohd Nizam bin Awang sedang berceramah

Saturday, May 7, 2011

Kuliah Subuh - Prof.Dr Mohd Arif Kasmo.

Prof Dr Mohd Arif Kasmo
 Kuliah Subuh Masjid Taman Temerloh Jaya Ahad 8.5.2011 akan disampaikan oleh Prof Dr Mohd Arif Kasmo. BSc Zoology (U Swansea), Sarjana Pendidikan dan PhD Falsafah Sains.
Alamat beliau: 13, Jalan Bunga Raya 13, Taman Tasik Jaya 70400 Seremban. Pej. Pusat Pengajian Umum UKM Bangi Selangor.



Tuesday, May 3, 2011

`Kebangkitan` Arab dan masa depan peradaban islam

Prof. Dr. Mohd Ridzuan Othman

dekan fakulti sastera dan sains sosial


universiti malaya menyampaikan kuliah maghrib
Prof. Dr Ridzuan sedang berceramah

 di masjid taman temerloh jaya
pada hari ahad malam isnin 1.5.2011 yang
lalu.

 Beliau mengupas isu semasa berkaitan perkembangan mutaakhir di dunia arab
seperti di Libya, mesir, yaman, tunisia, syria serta
turki dan saudi. kekayaan luar biasa, kekejaman luar biasa, wanita peratama luar biasa...
rakyat diperbodoh, diperbodoh diperbodoh, disiksa, sehingga ke paras yang mereka tidak boleh sabar lagi....
yang menariknya, prof sendiri bertemu dengan
beberapa tokoh di timur tengah dan menemubual
mereka.
di masjid taman temerloh jaya

`kalau tak patin, bukan temerloh`. Prof ditemani En. Abdullah dan ustaz Ramizul

Pegawai dan ajk masjid

Monday, May 2, 2011

Antara dua dunia

masjid baru kg jengka waktu maghrib
1) Dunia masjid.
ada beberapa orang

masjid sungai karang pantai bercirikan afrika utara

hutan bakau dilihat dari anjung swiss garden sg karang

nampak tak? nun sayup-sayup kilang arak yang tertegak berpuluh-puluh tahun di bumi malaysia. gambar ini diambil dari perpustakaan universiti sains dan pengurusan shah alam (msu)

2) dunia di luar masjid......

Apa hukum nikah di masjid

30.4.2011 sedang mendengar khutbah nikah
 bertarikh 30.4.2011 cikgu Amaruddin Baki  menikahkan anak perempuannya dengan jejaka jengka 18 di masjid taman temerloh jaya. Para saksi menerima sebulat suara perkahwinan itu sebagai  SAH.

Esoknya kami beramai-ramai ke rumahnya di taman temerloh makmur makan kenduri.

di masjid taman temerloh jaya



aku terima nikah.....