"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Sunday, July 31, 2011

Ihya' Ramadhan Masjid Tmn Temerloh Jaya.

Ahlipenal, Dr Burhanuddin Busu, Ustaz Ftmi Fuad dan Tn Hj Sabaruddin Alias

Masjid Abu Hurairah KL

air terjun di KL.
Program ihya' ramadhan masjid taman temerloh jaya dimulakan dengan forum yang dikendalikan oleh Haluan Temerloh. Tiga ahli penal yang membicarakan kelebihan ramadhan pada malam itu adalah Dr Burhanuddin Busu, kg Pangsanam, Doktor perubatan di UK, Ustaz Mohd Fatmi Fuad, imam masjid Kuala Krau dan Tn Hj Sabaruddin Alias. Banyak kelebihan dan keistimewaan berpuasa telah dibincangkan pada malam itu namun hakaikatnya kita hendaklah berpuasa ikhlas kerana Allah, patuh kepada titah perintahNya. Dengan itu kita akan dapat menjadi orang yang bertaqwa. Manakala puasa yag tidak ikhlas, akan menghasilkan  bulan makan, bersukaria, shopping, pasar ramadhan, menukar perhiasan rumah dengan perhiasan baru, kueh mueh dan lain-lain. Habis puasa, kembali seperti sediakala, tiada peningkatan dari segi taqwa. Tiada peningkatan kualiti ibadat.

Wednesday, July 27, 2011

Ihya' Ramadhan masjid temerloh jaya

program masjid tmn temerloh jaya sepanjang ramadhan tahun ini

lepas ramadhan, akan ditubuhan kelab panah masjid tmn tj

Saturday, July 23, 2011

Kelab memanah masjid TJ

sasar
 Masjid Taman Temerloh Jaya akan menubuhkan kelab memanah, mungkin lepas Ramadhan. Sementara itu Sekolah Bahaman telah melancarkan penubuhannya pada hari khamis 21.7 2011 baru ini. Semua guru dan murid menunjukkan minat dengan mencuba memanah, bukan hanya lelaki, perempuan pun turut memanah. Memanah antara sukan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a w.
membidik

lepas

memakai kelengkapan memanah

cikgu Syahnaz mencuba

Cikgu Wan Mazlan - jurulatih



cikgu Halim tak melepaskan peluang mencuba



Wednesday, July 20, 2011

riba

Panel Syariah bank muamalat ustaz Mohd Hafiz Hj Fauzi
 smk datuk Bahaman mengundang ketua panel syariah bank muamalat malaysia berhad berceramah mengenai riba. seluruh guru dan pelajar sekolah hadir ke ceramah dua jam yang diadakan pada hari rabu 20.7.2011. Beliau menjelaskan bahawa riba adalah haram dan hanya orang-orang yang benar-benar beriman sahaja yang akan menghindarinya, manakala orang ramai masih berpusu-pusu ke bank konvensional (bank riba). penyokong riba akan mendapat pengisytiharan perang dari Allah.
rumah, kereta gaji guna bank apa?

Tuesday, July 19, 2011

Tabung Haji Temerloh

Isnin 18.7.2011, Pengurus Tabung Haji Temerloh, Tn Haji Mokhtar Awang Muhammad berkesempatan berjumpa guru dan pelajar sekolah menengah Bahaman, Lanchang. Dalam pertemuan itu beliau menyampaikan ceramah ringkas mengenai tabung haji dan ibadat haji serta menyampaikan buku akaun tabung haji kepada murid-murid yang baru membuka akaun. Menurut beliau semua umat islam mestilah berhasrat untuk menunaikan fardhu haji dan langkah untuk itu adalah dengan menyimpan di tabung haji serta mendaftar haji.


Tn Hj Mokhtar menyampaikan buku akaun



Thursday, July 14, 2011

rebung buluh tumpat

13.7.2011 pengerusi masjid TJ bersama beberapa pelajaar dan guru telah melawat ladang buluh di Lanchang. Pengusaha Ladang ini En. Muhammad bin Abdul Majid telah mengusahakan ladang ini hampir satu tahun. Beliau mendapatkan benih buluh ini dari changburi thailand. beliau turut menerangkan cara penanaman serta penjagaan pokok buluh di samping cara memetik dan memproses rebung sehingga boleh dipasarkan. Menurutnya rebung yang telah mencapai ketinggian dua kaki bolehlah dipungut. Yang menariknya rebung buluh ini juga mempunyai khasiat kesihatan. Itulah sebabnya panda suka makan buluh.
En. Muhammad di samping pokok buluhnya


boleh bagi slim (antara khasiat rebung)


pokok buluh ditanam dihalaman rumah


rumah En. Muhammad

 En. Muhammad menunjukkan cara rebung diproses


rebung yang telah siap dipeket

rebung mentah

ladang rebung (700 pokok)

masak lemak cili api

Wednesday, July 13, 2011

Masjid bandar - masjid kampung

masjid ar-ridhuan ulu kelang
 Ahad 10.7.2011 saya singgah di masjid ar-Ridhuan Hulu Kelang untuk solat asar. Meriah nampaknya. Jamaah ramai, termasuk pelajar (mungkin di masjid itu ada kelas tahfiz atau sekolah agama).








ar-ridhuan ulu kelang
Pada hari selasa 12.7.2011 saya berhenti di masjid kampung Bongsu Lanchang untuk solat asar. Sunyi sepi tiada berpenghuni. Saya azan (tanpa pembesar suara) dan kemudian solat seorang diri kerana tiada seorang jamaahpun yang datang. Sudah solat, ada seorang datang... semasa saya keluar masjid, saya nampak dia menyapu dan membersihkan masjid. Saya tak pasti dia datang untuk solat atau datang untuk membersihkan masjid.


masjid kampung bongsu, Lanchang Temerloh Pahang.
semasa turun ke jalan raya saya ternampak papan tanda masjid... ada sesuatu yang membuat saya berhenti dan mengambil gambar papan tanda itu. Untuk tatapan dan menungan tuan/puan, gambar papan tanda itu saya muatkan di sini.
papan tanda masjid kg bongsu ini menarik perhatian saya

Ceramah Astronomi & kelab astronomi

Ilmu Islam yang banyak disebut dalam al-quran tetapi kini telah menjadi asing bagi umat Islam. Penceramah telah menjelaskan perkara ini dengan merujuk ayat-ayat alQuran. Dengan memiliki ilmu ini seseorang itu akan boleh mengetahui kedudukan bumi/matahari pada satu-satu masa. Dengan itu penentuan hari raya, hari puasa boleh diketahui melalui hisab.

Pada malam ceramah itu juga turut dilancarkan penubuhan kelab astronomi masjid taman temerloh jaya. Borang telah diedar dan didapati lebih empat puluh peserta telah mengambil borang (tapi belum mengembalikannya). Dengan penubuhan kelab ini, perbincangan mengenai astronomi akan dapat dijalankan dengan lebih teratur dan terperinci



m

Sunday, July 3, 2011

Ceramah Astronomi




Masjid Temerloh Jaya akan mengadakan program ceramah seperti butiran di bawah:

Tajuk: Astronomi
Masa: Maghrib-Isya
Tarikh: 7 Julai 2011
Hari: Khamis (Malam Jumaat)

Muslimin & Muslimat dijemput hadir

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH TEMERLOH 2011

PROF. DATO’ DR. MOHD YUSOF HJ. OTHMAN
Jumaat 17/6/2011 Masjid Taman Temerloh Jaya  akan mengadakan ceramah agama oleh Prof. Dato' Dr. Yusuf B. Othaman (UKM). Beliau akan menyampaikan ceramah yang bertajuk Fungsi & Peranan Umat Islam Masa Kini. Ceramah beliau akan diadakan selepas solat magrhib. Semua guru dijemput hadir pada hari berkenaan. Program ini sempena menyambut perayaan hari guru peringkat daerah Temerloh.

PROF. DATO’ DR. MOHD YUSOF HJ. OTHMAN
DSNS, KMN, WREN Pioneer, M.E.Inst. MIPM, BSc(Hons), MSc( London ), PhD(Aston)
Pengarah, Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi 
myho@ukm.my

Masjid-Masjid yang Sunyi

1 Julai 2011, kami solat Jumaat di Masjid Yayasan Mohamed Noah, Genting Highlands. Jemaah memang penuh untuk menunaikan solat Jummat.
Tapi, hari-hari lain kami datang, masjid ini sentiasa sunyi, walaupun di atas sana hiruk pikuk dengan pelancung dan pelanggan.
Masjid Nur Al Ittifaqiyah, Taman Saga Mentakab

Genting Highlands

Masjid Nur Al Ittifaqiyah Taman Saga Mentakab







2 Julai 2011, saya solat Zohor di masjid Nur Ittifaqiyah, Taman Saga Mentakab. Tiada seorang pun dari ahli jemaah Taman Saga hadir solat. Saya azan dan menjadi imam sementara seorang driver lori yang singgah menghantar lorinya ke workshop di situ menjadi makmum.

Melihat suasana ini, saya berfikir sesuatu patut dilakukan untuk memeberi kesedaran kepada ahli qaryah supaya datang ke masjid sembahyang berjemaah.