"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Monday, November 8, 2010

adab masjid

ADAB MASJID
BERANGKAT KE MASJID

1. Mulai dengan kaki kanan.
2. Berjalan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Doa Nabi ketika dalam perjalanan menuju Masjid:
"Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya dan lidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya dan penglihatanku cahaya dan jadikanlah di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan di bawahku cahaya, Ya Allah berikanlah kepadaku cahaya"

ADAB MASUK MASJID
1. Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid, Rasululah mengajar kita membaca doa " Ya Allah, bukakanlah untukku pintu RahmatMu "
2. Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid, sekira tiada oarang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah: " Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih"
3. Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid ( Menghormati Masjid )

ADAB DALAM MASJID
1. Duduk menghadap Qiblat.
2. Memohon doa supaya Allah membuka pintu rahmatNya.
3. Sentiasa menyebut nama Allah.
4. Menghadirkan Allah dalam hati.

5. Menghentikan percakapan tentang hal-hal dunia.

6. Jauhi dari menghina Islam.
7. Bezikir dengan suara perlahan.

ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN
1. Berdiam diri.
2. Menjawab seruan Azan.
3. Berdoa setelah selesai Azan.
4. Di tambah dengan doa permohonan kerana doa antara Azan dan Iqamah di maqbulkan.
5. Kerjakan solat sunat Rawatib.

ADAB KELUAR MASJID

1. Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar.
2. Berniat untuk datang kembali.
3. Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: "Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk".
4. Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.
--------------------------------------------------------------------------------
Masjid paling mulia di sisi Allah di dalam Islam ialah Masjid Al-Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Sabda Rasullullah s.a.w :

" Sebaik-baik kamu hendak musafir ialah ke masjidku ini ( Masjid Madinah ), Masjid Al-Haram ( Mekah ) dan masjid Al-Aqsa ( Baitul Maqdis ) "

dikutip daripada http://suraualikhlas-sgbuaya.blogspot.com/2010/04/etika-dan-adab-adab-masjid.html

1 comment:

  1. Terima kasih diatas maklumam yang ust bagi masa tazkirah magrib semalam berkenaan komen sy yang terdahulu.Disini sy ada beberapa cadangan berkaitan masjid kita.

    1.Buka satu kelas fardu ain untuk kanak2.

    Memang di tempat kita ini banyak kelas fardu ain tapi yang sy maksudkan kelas tersebut dibuat di masjid dan penyertaan adalah dikalangan kanak2 dibawah usia 6-15 tahun lelaki dan perempuan.Mungkin boleh dikenakan yuran yang berpatutan untuk urusan pengurusan kelas tersebut.Tenaga pengajar sy rasa dikalangan qaryah kita amat ramai yang berkelayakan.

    2.Buka kelas berzanji & marhaban.

    Penyertaan dikalangan kanak2 dan orang dewasa.mungkin perlu dibincangkan secara teliti oleh AJK masjid bagi mengelakan kecatatan kelas tersebut.Ada pendapat mengatakan ini bidaah...namun jumhur ulama mengatakan ia adalah bidaah hasanah yg sy rasa ust lebih maklum.Tenaga pengajar insyallah,ada tetapi memerlukan sedikit perancangan waktu dan masa.Klu di kg sy di negeri yang berjiran dgn pahang kebanyakan pembaca rawi dan marhabannya adalah golongan lelaki,tetapi selama sy disini kebanyakannya pembaca rawi dan marhabanya perempuan.Mungkin kita lebih galakan lelaki bagi kelas dimasjid kita ini.

    3.Buka kelas Pasukan Nasyid Masjid TJ.

    penyertaan dikalangan kanak2 lingkungan usia 6-15 tahun lelaki dan perempuan.tenaga pengajar insyaallah pasti ada dikalangan kita yang hebat dalam ilmu nasyid ini.

    4.Buka kelas Taranum Al-Quran

    penyertaan dikalangan kanak2 dan orang dewasa lelaki dan perempuan.tenaga pengajar insyaallah pasti ada dikalangan kita yang hebat dalam ilmu taranum ini.Mungkin kita boleh menjemput qari-qari disekitar temerloh ataupun anak didik qari tersebut insyallah.

    cadangan sy diatas adalah untuk memastikan masjid kita sentiasa dikunjungi kanak2 dan diimarahkan serta dimakmurkan oleh qaryah TJ dalam masa yang sama banyak ilmu dapat dimanafaatkan insyallah.Maafkan sy seandainya cadangan sy ini tidak tepat namum sy amat yakin sekiranya kelas-kelas seperti diatas diadakan insyallah masjid kita akan menjadi salah satu gudang ilmu di kawasan TJ ini.Wallahualam.

    ReplyDelete