"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Sunday, October 31, 2010

Siapa yg Allah Pilih Datang ke Masjid?

Tuan nak tahu siapa yang Allah pilih untuk datang ke masjid? Tentulah Allah pilih orang yang terbaik, orang yang hebat, yang warak, yang alim, yang beriman, yang bertaqwa, yang takut kepada Allah, yang berserban, berkopiah, bersongkok, berjubah, berbaju melayu, berTshirt, berkain pelikat, berseluar, berpendidikan agama, berpendidikan akademik, sekolah tinggi, universiti, luar negara.....

Dari Ibnu Abbas, sabda Nabi s.a.w `sesiapa yang mendengar azan dan tidak pergi menunaikan sembahyang berjamaah tanpa uzur, solahnya tidak akan diterima. Para sahabat bertanya apakah uzur? Rasulullah menjawab, takut atau sakit `(R.Abu Daud)

Dari Muaz bin Anas,  Rasulullah bersabda `sungguh-sungguh zalim, kufur dan nifaq sesiapa yang mendengar azan tetapi tidak pergi menunaikannya.` (R.Ahmad dan Tabrani)

Sebenarnya,  siapa yang Allah pilih datang ke masjid, ia pasti datang. Orang yang datang itu, pastilah ia dipilih oleh Allah. Sesiapa yang tidak dipilih oleh Allah, pasti orang itu tidak datang ke masjid. Jika subuh tadi ada 80 orang yang datang solat di masjid, maka 80 itu pastilah orang yang Allah pilih. Selain dari itu tidak terpilih. Jika saya datang, saya terpilih, jika saya tak datang, saya tak terpilih. Berdoalah kepada Allah semoga kita sentiasa dipilih oleh Allah 5 kali sehari semalam sehingga kita mati.

1 comment:

  1. Mengimarahkan masjid adalah tutuntan agama. Sesiapa yang menghadirkan diri ke masjid untuk bersembahyang jemaah, mereka itulah tetamu Allah. Perkara ini memang sudah ramai yg maklum.
    Apa yang hendak saya nyatakan disini ialah tentang terlepas pandang atau kecuaian kita sebagai orang dewasa kepada kanak-kanak yang hadir ke masjid. Ramai dikalangan anak-anak ini yang tidak bersembahyang ketika waktu solat. Amatlah malang bagi masjid kita yang mempunyai ramai jemaah tapi tidak berbuat apa-apa untuk mendidik dan menegur anak-anak ini.

    Satu ketika saya pernah sampai lewat ke masjid dan pada ketika itu imam sudah memulakan solat, saya melihat ramai anak-anak masih bermain di luar ruangan solat, saya telah menegur mereka dan menyuruh mereka masuk ke dalam masjid untuk bersolat. Ketika solat saya mdengar mereka masih lagi bgurau senda dalam masjid. Keadaan ini selalu berlaku ketika solat Isyak

    Perkara ini perlu kita beri perhatian supaya ia tidak bterusan dan marilah kita bsama-sama fikirkan bagai mana cara yang tbaik untuk kita menanganinya.

    ReplyDelete