Ada jemaah komplen kenapa masjid tidak menyediakan kuliah Tafsir Al Quran. Berikutan dengan itu, petang tadi Pengerusi bersama AJK Biro Dakwah berkunjung ke Maahad Tahfiz Sungai Salan Jerantut untuk mencari tenaga penceramah. Maulana meminta tangguh 3-4 hari untuk beliau membuat keputusan.
Pengerusi mencadangkan supaya Maulana menggunakan Kitab Tafsir Al Munir. Tetapi Maulana kata berat sangat untuk orang awam. Cukuplah dengan Pimpinan Ar Rahman. Walaubagaimanapun, penceramah akan menokok tambah berdasar kepada kitab kitab tafsir yang muktabar sesuai dengan tajuk serta isu semasa.
Dengan itu, marilah kita semua berdoa kepada Allah semoga Maulana dapat menerima undangan kita untuk mengajar Tafsir di Masjid TJ. Amin.
Khutbah Jumaat
Selepas Solat Jumaat tadi, Pengerusi berjumpa dengan Tuk Khatib untuk mendapatkan teks khutbah yang bertajuk Syirik untuk dimuatkan dalam blog ini.
Tuk Khatib minta tangguh 2-3 hari untuk beliau menyiapkannya secara lengkap. Diharapkan selepas ini, setiap khutbah akan dapat dipaparkan di halaman blog ini untuk tatapan umum.
Masjid Di Haidrabad India |
sy menyokong penuh kuliah tafsir diwujudkan di masjid kita ini.sy sendiri amat payah untuk mengikuti kuliah tafsir al-quran memandangkan waktu kerja yang yg tidak konsisten.diharap sudilah kiranya maulana dari sungai salan menerima pelawaan ini bagi kepentingan dan pengetahuan serta ilmu untuk qariah tamam temerloh jaya.
ReplyDeletesewaktu bertugas di jerantut dahulu,sy ada mendengar khabar dari seorang sahabat yang merupakan anak murid maulana tentang kebolehan maulana mengajar tafsir al-munir dan menyampaikan kepada pelajar mahaad tahfiz,namun sy bersetuju maulana memulakan pengajaran kitab tafsir pimpinan ar-rahman bagi kami yang amat cetek ilmu agama supaya tidak timbul fitnah akibat tidak dapat memahami maksud yang mahu disampaikan melalui tafsir al-munir.
sy amat berharap pihak ajk masjid memaklumkan kepada qariah melalui papan kenyataan masjid dan blog masjid ini bila tarikh dan waktu sebenar kuliah tafsir ini bermula.wasallam.
Semoga allah mengurniakan kelapangan masa kepada maulana untuk bersama jemaah masjid Temerloh Jaya.
ReplyDeleteAmin..