"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Tuesday, June 21, 2011

Seminar Kesihatan Mental HoSHAS

17.6.2011 Bertempat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, telah diadakan seminar kesihatan mental. Menurut Setiausaha program, En. Suhaimi Abdul Latif, program ini julung-julung kali diadakan di temerloh. Ia bertujuan untuk mendedahkan masalah kesihatan mental kepada umum supaya hilang salah tanggapan di samping dapat membantu unit psikiatri untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan kesihatan mental. Tiga kertas kerja telah dibentangkan oleh Dr Firdaus binti Abdul Ghani serta Dr. Noor Azlina Aziz.

Para peserta seminar termasuklah JKK dan AJK masjid sekitar Temerloh. Program ini sungguh bermakna kepada para peserta dan diharap pihak hospital dapat mengadakannya lagi pada masa-masa akan datang.

Antara urusetia program adalah Dr Hasnan, Dr Chan Tze Lin, En. Faizun, Cik Mariani, En. Firdaus, Pn Noriza, En. Shamsul Kamal, En Tajudin, Pn Rosnani, Pn Aminah, En Hasni dan En Faisal.


En Suhaimi, pengacara majlis


Dr Firdaus bt A. Ghani sedang menyampaikan ceramah.

Dr Noor Azlina Aziz

Hj Hasan, Bendahari masjid tmn temerloh Jaya

penyampaian sijil kepada peserta





urusetia dan penceramah

penceramah, urusetia & bendahari masjid Tmn Temerloh Jaya.

penceramah , urusetia dan Pengerusi Masjid Tmn Temerloh Jaya.

Thursday, June 2, 2011

Kem Rakan Masjid



ustaz shukri
 30,31 mei, 1 dan 2 jun 2011. Masjid Taman Temerloh Jaya mengadakan Kem Rakan masjid untuk remaja putri dan remaja putra. Aktivitinya termasuklah ldk, riadah, tahsin al-quran, tahsin solat, dan qiam al- lail. Peserta tidur di masjid.(menolak kepercayaan karut sebahagian orang melayu, tak boleh tidur di masjid...)
peserta bersama fesi, urusetia dan ajk.


sedang menulis surat kepada ibu....


membacakan yasin kepada ibu