Kisah Penduduk kota Antokia. ayat 13 - 27
Allah membuat perbandingan mengenai penentangan dan kekufuran penduduk Makah dengan apa yang berlaku di Antokia, satu bandar di selatan Turki. Isa a.s menghantar tiga rasul dari kalangan hawariyyun untuk berdakwah, tetapi mereka mendustakannya. Rasul-rasul itu adalah Yuhana, Bulus dan Syam`un. Mereka mengatakan bahawa rasul-rasul itu hanyalah manusia biasa yang makan, minum dan berjalan di pasar.
Mereka mengatakan bahawa kedatangan rasul dan pendakwah itu hanyalah membawa keburukan kepada mereka seperti memecahbelahkan masyarakat, menimbulkan perselisihan dan huru hara. Jika mereka tidak berhenti berdakwah mereka akan direjam dengan batu dan akan disakiti, diseksa, dipenjara dan dibunuh. Rasul-rasul itu menjelaskan bahawa keburukan yang menimpa mereka itu adalah akibat tindakan mereka sendiri. Perpecahan lahir akibat mereka tidak mahu menerima kebenaran (Islam) dan menentangnya.
Dakwah ini telah didengar dan diterima oleh seorang tukang kayu yang tinggal jauh di hujung kota. Ia bernama Habib bin Musa An-Najjar (tukang kayu). Ia segera datang untuk membantu (nusrah) para pendakwah dan rasul-rasul itu. Ia menasihati kaumnya supaya mengikut dakwah rasul-rasul itu untuk keluar dari kesesatan. Pendakwah itu ikhlas, tidak meminta bayaran atau upah dan mereka berada dalam manhaj kebenaran dan petunjuk ilahi mengajak beribadat kepada allah yang esa tanpa syirik kepadanya.
Penduduk Antokia sangat marah kepada Habib bin Musa lantas ia dihukum bunuh. Allah memasukkan Habib ke syurga. Malangnya penduduk Antokia tidak mengetahui betapa Habib mendapat balasan baik di akhirat, diampun dan diberi kemuliaan.
Pengajaran:
1. Cara berdakwah dalam Quran ada berbagai-bagai seperti dengan pemberian bukti, penjelasan, mengajak berfikir, penglihatan, cerita, kesah, ibarat serta perbandingan dan misalan.
2. Rasul terdiri dari kalangan manusia biasa. (bukan jin atau malaikat)
3. Rasul diberi mukjizat bagi membantu dakwahnya. Isa a.s. diberi berbagai mukjizat dan Nabi Muhammad s.a.w. diberi mukjizat terbesar iaitu al-Quran.
4. Para pendakwah dan pejuang islam biasanya akan ditentang dan mendapat pelbagai cubaan seperti siksaan, penjara, bunuh dan sebagainya.
5. Bencana hakiki yang diterima oleh penduduk kota adalah syirik, kufur dan pendustaan terhadap rasul. Bencana ini bukan datang dari rasul dan pendakwah akan tetapi ia adalah hasil dari kekufuran dan penentangan mereka terhadap Islam.
6. Akan sentiasa ada orang yang menyokong kebenaran pada setiap zaman walaupun sedikit dan ditindas.
7. Pendokong islam diseksa dan dibunuh oleh musuh (kufar) akan tetapi Allah akan memuliakan mereka dan memasukkan mereka ke syurga yang kekal abadi.
8. Kita patut mengambil contoh tindakan Habib bin Musa An-Najjar berdakwah kepada kaumnya supaya beriman, kita hendaklah juga berdakwah kepada bangsa kita. Banyak contoh pendakwah dalam quran seperti keluarga Firaun, penduduk Antokia dan zaman nabi, Ali bin Abu Talib.
syabasss, teruskan. jangan berhenti. when the going gets tough, let the tough gets going.
ReplyDelete1.Ust..sy ingin mendapat pandangan ust mengenai usaha dakwah yang terbaik dilaksanakan di qariah TJ ini..sepanjang pengamatan sy banyak usaha dakwah dilaksanakan namun kesan yang diharapkan tidak juga kunjung tiba..benar..sabar itu adalah ubat bagi usaha dakwah namun adakah kita hanya perlu bersabar..berserah..tanpa usaha yang benar2 dan bersungguh2?
ReplyDelete2.memang diakui kita lemah..manusia memang lemah..namun apakah dengan kelemahan ini akan kita jadikan alasan untuk mengalah???
3.sy juga kadang2 buntu mengenai masalah sosial yang terlalu "hebat" di qariah kita ini..sebut saja..dadah..pergaulan bebas lelaki dan perempuan..anak2 yang kurang ajar dan biadap..tidak menutup aurat..malas untuk ke majlis ilmu..suka dengan majlis yang berunsur maksiat..dengki..bongkak..angkuh..sombong..tidak solat..tidak pandai menbaca Al Quran...Allahuakbar...sampai bila?sampai bila masalah ini kalau tidak selesai sekalipun sekurangnya2 berkurangan???yang nyata..masalah ini semakin hari semakin parah...
4.sy menpunyai maklumat sebahagian dari masalah ini memandangkan sy berkhidmat di sebuah jabatan di bawah KDN dan kami amat komited dalam usaha "dakwah" kami walau pun mendapat "pelbagai" tentangan..insyallah..kami yakin mampu untuk mencapai matlamat kami dengan bantuan dari Allah S.W.T. dan "kerja keras" kami..namun..untuk usaha dakwah bagi masalah diatas amat berat bagi sy..
5. ustaz, pada pandangan ust..apakah KAEDAH YANG PALING TERBAIK,TERHEBAT,TERAMPUH yang mampu kita lakukan bagi menangani masalah yang sy sebutkan tadi untuk memastikan qariah kita ini kalau tidak dapat "BEBAS" sepenuhnya pun sekurangnya2 "HAMPIR2 BEBAS"..
wasallam.