Dalil-dalil kekuasaan Tuhan (untuk kebangkitan dll)
Selepas Allah menerangkan tentang perhimpunan di mahsyar di mana semua umat akan berkumpul pada hari kiamaat untuk dihisab dan diberi balasan, Allah menerangkan pula dalil tempat kebangkitan dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan di bumi yang kering (mati) dengan siraman air hujan,, maka terjadilah kebun-kebun dan mengalirlah sungai-sungai yang menjadi sumber penghidupan yang menjadi nikmat yang patut disyukuri.
Kemudian diterangkan tanda-tanda sebagai dalil kekuasaan Allah yang tiada hingganya iaitu pergantian siang dan malam, peredaran matahari serta pergerakan bulan di atas manzilah-manzilahnya.
Sebahagian dari tanda kewujudan dan kekuasaan Allah untuk menghidupkan kembali manusia di akhirat kelak ialah menghidupkan bumi yang kering kontang tiada tumbuhan, dengan turunnya hujan menyebabkan tumbuh berbagai-bagai tumbuhan yang berlainan warna dan bentuk dan ada yang menghasilkan bijirin yang menjadi sumber makanan bagi manusia dan haiwan. Menghidupkan tumbuhan dari bumi yang kontang sama juga dengan menghidupkan kembali manusia yang telah mati.
Sesungguhnya pencipta semua makhluk yang terdiri dari manusia, haiwan, tumbuhan dan lain-lain lagi yang tidak kita ketahui adalah suci dari sekutu, ia maha berkuasa atas segala sesuatu. Ia memerintahkan kita agar tidak syirik malah hendaklah bersyukur.
Kemudian allah menjelaskan beberapa dalil lagi:
1. penciptaan malam dan siang, bagaimana siang bersilih ganti dengan malam. pertukaran ini mengisyaratkan berpusingnya bumi dari timur ke barat.
2. Peredaran matahari di atas garis edarnya (falak) hingga ke akhir yang ditakdirkan Allah kepadanya. Terdapat dua pendapat ulamak. (a) satu tempat di bawah arasy yang hampir dengan bumi pada satu arah di mana kedudukan matahaari dan sekalian makhluk masih tetap berada di bawah arasy. (b) tahap akhir perjalanannya iaitu hari kiamat.
Ulamak falak (ahli astronomi) mendapati bahawa terdapat pertambahan putaran matahari secara jelas di tengah-tengah bintang disebabkan pusingan bumi mengelilingi matahari sekali dalam setahun. Matahari sendiri mempunyai dua pergerakan yang lain iaitu pusingan di atas paksinya iaitu sekali bagi setiap dua puluh enam hari dan pergerakannya bersama dengan planet-plenet pengiringnya yang bergerak dalam sistem solar dan galeksi dengan kecepatan yang sangat tinggi (dua ratus batu sesaat). (bersambung...)
No comments:
Post a Comment