"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Monday, December 27, 2010

MAJLIS TILAWAH DAN TAZKIRAH AL QURAN

As Sheikh Abdullah Dawud Muhammad dari Tanzania sedang memperdengarkan bacaannya
Masjid Taman Temerloh Jaya telah berjaya menganjurkan Majlis Tilawah dan Tazkirah Al Quran selepas Maghrib hari Isnin 27.12.2010. Majlis bermula dengan Solat Maghrib diimami oleh Ustaz Hamdan Ismail Al Hafiz. Selepas itu, tazkirah mengenai Al Quran disampaikan oleh Dato Haji Zulkifli Al Hafiz. Sebelum Isya' Sheikh Abdullah Dawud Muhammad dari Tanzania telah memperdengarkan bacaan Al Quranul Karim. Beliau adalah naib johan musabaqah tilawatul quran antarabangsa Iran 2010 (Malaysia tempat keempat). 

Dato Hj Zulkifli Ali Al Hafiz, Pengerusi Maahad Tahfiz Phg
Dalam tazkirah Dato Hj Zulkifli ada menyebut ahli Al Quran adalah Ahli Allah kerana AlQuran ialah Kalamullah.  Dengan AlQuran kita boleh menjadi kuat, kaya, adil dan lain2. 
Antara tanggungjawab kita terhadap Al Quran adalah:
* beriman dan mengagungkannya.
* membaca dengan tajwid yang betul (tartil).
* Memahami dan menghayati. Contohnya orang Mukmin yang berjaya ialah mereka yang mempunyai ciri2 yang disebutkan diawal Surah Al Mukminun seperti kyusuk dalam solat, tidak membuat perkara yang sia2, membayar zakat, menjaga maruah, menunaikan segala janji dan amanah & menjaga sembahyangnya.
* melaksanakan Al Quran diperingkat individu, masyarakat dan negara.
* mendakwahkan kepada orang lain.

    Musyi Dayan bekas Perdana Menteri Israil berkata bahawa Yahudi tidak takut kepada orang2 Islam kerana:
    * mereka tidak membaca Al Quran.
    *jika mereka membaca pun, mereka tidak faham.
    * jika mereka faham pun, mereka tidak laksanakan.
    *jika mereka laksanakan pun, tidak bersungguh-sungguh.
      Para jemaah sedang khusyuk mendengar

      Kerana itu tanggungjawab kita untuk mentafsirkan al Quran dan melaksanaknnya di dunia (sebelum kita mati la) kerana Al Quran adalah mukjizat. Siapa yang memilikinya, mereka akan mempunyai kekuatan. Contohnya 81% pelajar Maahad Tahfiz Pahang berjaya mendapat 9A dalam PMR baru2 ini. 

      Umat Islam lemah bukan salah Al Quran, tetapi salah umat Islam yang tidak melaksanakan Al Quran. Jadikanlah Al Quran sebagai sumber rujukan dan panduan hidup, bukan kitab2 lain.

      Sheikh Abdullah Dawud sedang menandatangani buku pelawat

      Untuk tindakan serta merta, kita sendiri mestilah membaca Al Quran. Pastikan anak isteri juga membaca Al Quran dan hafal sebanyak mungkin ayat2 Al Quran.

       
      Sedang menjamu selera
      Selepas itu, para jemputan dirai makan malam di Hotel Sri Malaysia bersama AJK Masjid.

      Alhamdulillah ramai ahli jemaah yang datang. Masjid Temerloh Jaya penuh, sampai melimpah keluar.

      Terima kasih kepada semua yang telah bekerja keras dan yang telah  memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.

      No comments:

      Post a Comment