kelas tahap 2 |
Hari ini kelas Kafa bermula di masjid TJ. 53 pelajar datang melapor diri. Kita wujudkan tiga kelas, iaitu kelas tahap 1, tahap 2 dan tahap tiga. Program dimulakan jam 9.00 pagi dengan pendaftaran murid. Diikuti dengan taklimat oleh pengerusi biro dakwah dan kemudiannya oleh pengerusi masjid. Pukul 10.00 pelajaran bermula hingga ke waktu zohor. Kelas berakhir dengan solat zohor secara berjamaah.
tahap 2 |
Program ini dibiayai oleh ahli qaryah sendiri sebelum insyaAllah ia didaftar di bawah JAIP.
tahap 1 |
tahap 3 |
tahap 3 |
Kurikulum berfokus kepada 2 bidang iaitu Al-Quran dan Ibadah.
Al-Quran bertujuan untuk melatih murid supaya dapat membaca dengan makhraj yang betul dan bertajwid. Selanjutnya pelajar ini akan menghafaz surah-surah juzuk Amma.
Bahagian Ibadah merangkumi wudhuk, tayammumtahap 1 |
solat, muafiq, masbuq, jamak, qasar, adab masjid dan amalan sunnah.
Dirahapkan dengan program ini murid-murid akan mahir melakukan ibadah solat di samping suka kepada masjid dan dapat menunaikan solat di masjid secara berjamaah sejak dari kecil lagi dan diteruskan sehinggalah ke akhir hayat.
Alhamdulillah...moga2 program sprt ni terus m'dpt sokongan orang ramai. Tahniah AJK2 masjid tmn TJ!
ReplyDeleteInsyallah..niat kita untuk mengharapkan agar kanak2 yang bakal mengganti kita di masa hadapan akan sayang,cinta dan "mahu" dengan masjid..:)
ReplyDeleteini sebenarnya adalah salah satu unsur dakwah yang mana insyaallah..pasti akan mendapat pertolongan dari Allah S.W.T...amim..