"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Saturday, January 1, 2011

Majlis Countdown 2011 Masjid TJ

Bacaan Ayat2 suci Al Quran oleh Ustaz Shafii b. Hanafiah
Sempena tahun baru 2011, Masjid Taman Temerloh Jaya telah berjaya mengadakan beberapa pengisian di dalam satu majlis yang dinamakan Countdown 2011. Majlis bermula selepas solat Maghrib dengan bacaan Al Quranul Karim oleh Ustaz Shafii bin Hanafiah, Johan Tilawah Al Quran Antarabangsa 2006.



Selepas itu, majlis diteruskan dengan persembahan bercerita Kisah Agama mengenai Pengorbanan Siti Hajar yang disampaikan oleh Adik Noramanina bt Hasanuddin, johan bercerita peringkat Negeri Pahang.

Adik Noramanina memperdengarkan ceritanya

Agenda seterusnya ialah Tazkirah Khas yang disampaikan oleh Ustaz Ari b. Awang, Pengurus Pusat Zakat Temerloh. Dalam tazkirahnya, kita dipesan supaya sentiasa mengingati mati dengan mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah seperti yang terkandung di dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah.  

Tazkirah Khas disampaikan oleh Ustaz Asri b. Awang
Majlis diteruskan dengan Aktiviti Nasyid Bermodul yang dipimpin oleh Hj Abdullah b Ismail. Dua buah nasyid bertajuk Demi Masa dan Alangkah Indahnya Hidup Ini dialunkan bersama-sama.

Nasyid Bermodul dipimpin oleh Hj Abdullah Ismail
Selepas itu, Ustaz Shafii bin Hanafiah dijemput sekali lagi untuk memperdengarkan bacaan Al Qurannya sebelum jemaah bersolat Isya'. Majlis diakhiri dengan qiamullail yang diadakan pada jam 4.30pagi. 
Ahli Jemaah yang hadir

2 comments:

  1. tahniah Msjd T'loh jaya kerana berjaya menganjurkan aktiviti yg menarik penduduk TJ utk mengimarahkan msjd..

    ReplyDelete