AJK masjid taman temerloh jaya mempelawa mana-mana individu lelaki dan perempuan untuk menyertai lawatan benchmarking ke masjid bandar baru uda di johor baru. Butir-butir lawatan seperti berikut:
masjid bandar baru uda jb |
Perkara : Lawatan ke masjid bandar baru uda johor baru
Tarikh: 3 & 4 Februari 2011 (Khamis dan Jumaat)
Masa: 8.00 pagi
Kos : Bas RM50.00 Penginapan RM50.00
masjid bandar baru uda JB |
Daftar segera kepada S/U masjid: En Yazid
Pada tahun lepas AJK masjid telah membuat lawatan penandaaras (benchmarking) ke masjid Sri Petaling Kuala Lumpur dan masjid Ghufran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan untuk melihat kekuatan pentadbiran, pengurusan serta program masjid-masjid tersebut.
Masjid ghufran mempunyai sekolah, restoran, bilik hotel di samping ruang pejabat dan ruang solat untuk lelaki dan perempuan.Untuk mengendalikan masjid itu mereka mempunyai pembantu tadbir, pegawai kewangan dan pekerja pejabat sepenuh masa.
masjid ghufran kl |
masjid sri petaling KL |
masjid sri petaling KL |
Di masjid Sri Petaling pula mereka mempromosikan program dakwah ke seluruh dunia di samping mereka menerima kunjungan para pendakwah dari luar negara. Mereka mempunyai sekolah agama serta tahfiz al-Quran, kedai buku dan keperluan agama - jubah, serban, minyak wangi, sugi dan lain-lain di samping menyediakan ruang iktikaf yang luas dan boleh tidur di sana.
masjid sri petaling KL |
Masjid ini mempunyai kemudahan berpuluh-puluh buah tandas dan bilik mandi disamping ampai kain. kantin disediakan untuk mereka yang khuruj fi sabilillah dengan bayaran yang murah.
lawatan ditunda kerana kurang sambutan, harap maaf.
ReplyDelete