"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Thursday, October 28, 2010

Hari Jumaat

Kata Imam Syafi`i di dalam kitab Al- Umm `aku menganjurkan membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat.` Imam Nawawi dalam kitab Al-Azkar juga menganjurkan membaca surah al-Kahfi pada siang Jumaat.

Dari Abu Hurairah, Abu Al-Qasim (nabi) s.a.w. bersabda ` sesungguhnya pada hari jumaat ada satu saat apabila seorang muslim bersembahyang, lalu memohon suatu kebaikan, pasti Allah akan memenuhinya.`

Dari Abu Said Al-Khudri Rasulullah s.a.w bersabda `mandi pada hari jumaat wajib ke atas semua orang dewasa dan bersiwak (menggosok gigi) dan memakai wangi-wangian semampunya.`

Dari Abu Wa`il, dari Ammar, Nabi s.a.w bersabda `sesungguhnya panjangnya sembahyang (jumaat) seseorang (imam) dan pendek khutbahnya adalah tanda kefahamannya (dalam agama). Maka panjangkanlah sembahyang dan pendekkanlah khutbah, sesungguhnya sebahagian dari kefasihan (khutbah) itu memukau.`

Dari Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda `apabila kamu selesai mengerjakan solat jumaat, solatlah empat rokaat (sunat selepas jumaat)`.

Dari Hakam bin Mina, Rasulullah s.a.w. bersabda `hendaklah berhenti golongan yang tidak solat jumaat itu dari perbuatan  tidak solat jumaat  atau  Allah akan benar-benar menutup hati mereka sehingga mereka menjadi orang yang lalai.`

1 comment:

  1. Assalamualaikum w.r.t

    Jumaat hari kebesaran islam yang allah swt kurnaikan berbagai fadhilat kepada manusia muslim. Amalan ini insyaalah akn memberi kekuatan pada kita yang sentiasa berjuang utk meninggikan & memertabatkan kalimah allah di muka bumi ini.
    Marilah kita sama-sama beramal dgn ilmu yg kita ada.
    Berilmu dan beramal adalah tuntutan islam.

    ReplyDelete