"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Saturday, May 14, 2011

Bersama Palestin


 14.5.2011 Kuliah maghrib malam ini di masjid Taman Temerloh Jaya bertajuk `Bersama Palestin`. Kuliah disampaikan oleh En. Mohd Nizam bin Awang, Biro Haluan Palestin.

Antara kandungan kuliahnya beliau menjelaskan bahawa isu Palestin adalah isu aqidah kerana bumi umat islam serta kiblat pertama Islam sedang dijajah oleh Yahudi. Menjadi tanggungjawab seluruh umaat Islam untuk membebaskannya. Beliau menyeru umat Islam di temerloh jaya supaya bersama-sama berusaha untuk membantu umat Islam di Palestin membebaskan baitul maqdis. Rasulullah dan para sahabat dahulu berperang bermandi darah untuk Islam, marilah kita mencontohinya.

En Mohd Nizam bin Awang sedang berceramah

No comments:

Post a Comment