"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Sunday, May 29, 2011

Siratul Mustaqim

Sabtu 28 Mei 2011 Masjid Taman Temerloh Jaya mengadakan ceramah
mengenai siratul mustaqim disampaikan oleh Ustaz Datuk Hassan Din Al-Hafiz.
Beliau menjelaskan bahawa pandangan sebelum ini mengatakan bahawa untuk sampai ke syurga seseorang perlu melalui sirat/jambatan yang merentangi neraka. Yang selamat dapat masuk syurga, yang jatuh, masuk ke neraka.
Beliau telah membuat kajian tentang ayat-ayat al-Quran dan hadis yang bersangkut paut dengan mahsyar dan sirat. Kesimpulan yang didapati berbeza dengan apa yang diajarkan seelama ini. Dia dapati sirat bukanlah jambatan tetapi jalan iaitu jalan yang lurus.
 Beliau dapati hadis yang menerangkan perjalanan yang dilalui manusia adalah menuju ke mahsyar, yg penuh dengan kesukaran dan duri yang mencangkuk mangsanya. Manusia dalam perjalanannya ke mahsyar terbahagi kepada  beberapa kumpulan. Ada yang berkenderaan dan sangat pantas, ada yang berjalan dan ada yang berjalan dengan muka.. Sampai di mahsyar, manusia dibahagi kepada 3 kumpulan. Pertama masuk ke syurga tanpa hisab, kedua masuk ke neraka tanpa hisab dan ketiga yang akan dihisab. (tidak disebut "dimatematik"... (orang melayu telah menukar nama subjek hisab kepada subjek matematik...)
Dalam kumpulan ke tiga, ada tujuh golongan yang diberi naungan... imam adil dll (hadis  7 golongan yang dinaungi allah di akhirat kelak) Yang berat amal baik akan dimasukkan ke syurga tanpa meniti sebarang jambatan, yang berat amal jahat, masuk ke neraka. (masuk melalui pintu yang boleh dibuka dan ditutup (berdasarkan quran). yang sama berat diletakkan di al-a'raf, tempat di antara syurga dengan neraka (baca surah al-a'raf dalam quran.)


patin, rusa dan ayam utan
Penceramah mengingatkan para pendengar supaya menyiapkan diri untuk menghadapi mahsyar.


No comments:

Post a Comment