"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Sunday, February 27, 2011

Kursus asas haji di masjid temerloh jaya.

kaabah dilanda banjir

kabah masa dulu

 Hari ini 27.2.2011 Ahad 9.00 pagi  bermulanya kursus asas haji di Masjid Temerloh Jaya. Program ini anjuran bersama Lembaga Tabung Haji Temerloh dengan AJK Masjid Teman Temerloh Jaya. Peserta dikenakan bayaran RM60.00 bagi menampung perbelanjaan ceramah serta kemudahan asas. Penyampai utama kursus ini ialah Ustaz Wahid Ghafar Ibrahim Al-Hafiz dari Maahad Tahfiz Al-Amin Kg. Berhala Gantang. Majlis dipengerusikan oleh ustaz Abdullah, imam masjid temerloh jaya.

Tn Hj. Mokhtar Pengurus tabung Haji Temerloh memberi penerangan kpd ajk masjid
Kursus ini akan diadakan setiap hari ahad sebanyak 17 kali hingga 19 jun 2011. selepas itu akan diadakan kursus intensif dan kursus haji perdana.

Masjid Temerloh Jaya dipilih sebagai lokasi program bagi memberi peluang kepada penceramah untuk lebih berfokus kepada peserta
Antara ajk yang hadir dlm majlis penerangan oleh pengurus TH.
dalam jumlah yang tidak terlalu besar.

No comments:

Post a Comment