"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Saturday, February 12, 2011

mesyuarat agong pertama masjid tj

Ustaz Azmi Mohd Zain mewakili Qadi Temerloh merasmikan mesyuarat.
 Mesyuarat dirasmikan oleh wakil Qadi iaitu ustaz Azmi Mohd Zain. Beliau mengingatkan:
1) Ahli jamaah hendaklah menjaga keharmonian masjid
2) Ahli qariah hendaklah membantu AJK untuk memakmurkan masjid
3) Majlis agama menyediakan briged penceramah untuk memberi kuliah di masjid.

Selepas ucapan perasmian, majlis berhenti rehat sambil menikmati hidangan rengan.


Dalam membahaskan aktiviti masjid, beberapa isu telah dibangkitkan oleh ahli jamaah. Antaranya:
sebahagian ahli jamaah yg hadir sedang meneliti laporan mesyuarat

1) Kenapa ustaz yang menyampaikan kuliah diberhentikan? (Penjelasan) Tidak diberhentikan tetapi dia berhenti sendiri kerana tidak setuju dengan masa kuliah yang ditentukan oleh AJK.
2) Minta penjelasan tentang AJK yang tidak datang mesyuarat.(Penjelasan) mereka tidak diminta mengemukakan surat tunjuk sebab kerana setakat ini ketidakhadiran mereka tidak mengganggu mana-mana pihak.
3) mencadangkan supaya ditubuhkan biro politik di masjid.(penjelasan) akan dirujuk kepada pejabat agama.
4) Minta minit mesyuarat Ajk disertakan dalam buku laporan mesyuarat (penjelasan) tidakdapat dibuat kerana kos yang tinggi,sebaliknya akan dipamer dipapan kenyataan
5) Minta tambah kuliah sirah atau tamadun Islam.
6) wujudkan tabung palestin ( P ) insyaallah.
7) Sediakan parking lot (P) dalam proses.
8) Sediakan ruang papan kenyataan umum (P) insyaallah akan dibuat di pondok rehat.
9) Masa penceramah jemputan janganlah dihadkan (p) memang tidak dihadkan
10) Kanak-kanak bising ketika solat (P) Akan difikirkanaktiviti untuk mereka.
11) Adakah masjid menyimpan  di bank yang mengamalkan syariah? (P) Affin dan Agro tidak diketahui.
12) minta pendapatan dan perbelanjaan masjid ditampal di papan kenyataan (P) insyaallah.
13) Cadang supaya masjid di aircond (P)
Pengerusi, naib pengerusi, S/U, bendahari dan AJK telah menjawab dan memberi penjelasan terhadap semua perkara yang dibangkitkan.

Antara Usul yang dibahas dan diterima malam itu adalah:
1) mohon pelantikan wali hakim di temerloh jaya
2) pasang cctv di masjid
3) Pungutan derma rm10 sekeluarga setahun untuk aktiviti remaja
4) Penubuhan koperasi.
Mesyuarat berakhir hampir satu pagi.

No comments:

Post a Comment