"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Wednesday, July 13, 2011

Masjid bandar - masjid kampung

masjid ar-ridhuan ulu kelang
 Ahad 10.7.2011 saya singgah di masjid ar-Ridhuan Hulu Kelang untuk solat asar. Meriah nampaknya. Jamaah ramai, termasuk pelajar (mungkin di masjid itu ada kelas tahfiz atau sekolah agama).








ar-ridhuan ulu kelang
Pada hari selasa 12.7.2011 saya berhenti di masjid kampung Bongsu Lanchang untuk solat asar. Sunyi sepi tiada berpenghuni. Saya azan (tanpa pembesar suara) dan kemudian solat seorang diri kerana tiada seorang jamaahpun yang datang. Sudah solat, ada seorang datang... semasa saya keluar masjid, saya nampak dia menyapu dan membersihkan masjid. Saya tak pasti dia datang untuk solat atau datang untuk membersihkan masjid.


masjid kampung bongsu, Lanchang Temerloh Pahang.
semasa turun ke jalan raya saya ternampak papan tanda masjid... ada sesuatu yang membuat saya berhenti dan mengambil gambar papan tanda itu. Untuk tatapan dan menungan tuan/puan, gambar papan tanda itu saya muatkan di sini.
papan tanda masjid kg bongsu ini menarik perhatian saya

No comments:

Post a Comment