"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Tuesday, June 21, 2011

Seminar Kesihatan Mental HoSHAS

17.6.2011 Bertempat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, telah diadakan seminar kesihatan mental. Menurut Setiausaha program, En. Suhaimi Abdul Latif, program ini julung-julung kali diadakan di temerloh. Ia bertujuan untuk mendedahkan masalah kesihatan mental kepada umum supaya hilang salah tanggapan di samping dapat membantu unit psikiatri untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan kesihatan mental. Tiga kertas kerja telah dibentangkan oleh Dr Firdaus binti Abdul Ghani serta Dr. Noor Azlina Aziz.

Para peserta seminar termasuklah JKK dan AJK masjid sekitar Temerloh. Program ini sungguh bermakna kepada para peserta dan diharap pihak hospital dapat mengadakannya lagi pada masa-masa akan datang.

Antara urusetia program adalah Dr Hasnan, Dr Chan Tze Lin, En. Faizun, Cik Mariani, En. Firdaus, Pn Noriza, En. Shamsul Kamal, En Tajudin, Pn Rosnani, Pn Aminah, En Hasni dan En Faisal.


En Suhaimi, pengacara majlis


Dr Firdaus bt A. Ghani sedang menyampaikan ceramah.

Dr Noor Azlina Aziz

Hj Hasan, Bendahari masjid tmn temerloh Jaya

penyampaian sijil kepada peserta





urusetia dan penceramah

penceramah, urusetia & bendahari masjid Tmn Temerloh Jaya.

penceramah , urusetia dan Pengerusi Masjid Tmn Temerloh Jaya.

Thursday, June 2, 2011

Kem Rakan Masjid



ustaz shukri
 30,31 mei, 1 dan 2 jun 2011. Masjid Taman Temerloh Jaya mengadakan Kem Rakan masjid untuk remaja putri dan remaja putra. Aktivitinya termasuklah ldk, riadah, tahsin al-quran, tahsin solat, dan qiam al- lail. Peserta tidur di masjid.(menolak kepercayaan karut sebahagian orang melayu, tak boleh tidur di masjid...)
peserta bersama fesi, urusetia dan ajk.


sedang menulis surat kepada ibu....


membacakan yasin kepada ibu

Sunday, May 29, 2011

Siratul Mustaqim

Sabtu 28 Mei 2011 Masjid Taman Temerloh Jaya mengadakan ceramah
mengenai siratul mustaqim disampaikan oleh Ustaz Datuk Hassan Din Al-Hafiz.
Beliau menjelaskan bahawa pandangan sebelum ini mengatakan bahawa untuk sampai ke syurga seseorang perlu melalui sirat/jambatan yang merentangi neraka. Yang selamat dapat masuk syurga, yang jatuh, masuk ke neraka.
Beliau telah membuat kajian tentang ayat-ayat al-Quran dan hadis yang bersangkut paut dengan mahsyar dan sirat. Kesimpulan yang didapati berbeza dengan apa yang diajarkan seelama ini. Dia dapati sirat bukanlah jambatan tetapi jalan iaitu jalan yang lurus.
 Beliau dapati hadis yang menerangkan perjalanan yang dilalui manusia adalah menuju ke mahsyar, yg penuh dengan kesukaran dan duri yang mencangkuk mangsanya. Manusia dalam perjalanannya ke mahsyar terbahagi kepada  beberapa kumpulan. Ada yang berkenderaan dan sangat pantas, ada yang berjalan dan ada yang berjalan dengan muka.. Sampai di mahsyar, manusia dibahagi kepada 3 kumpulan. Pertama masuk ke syurga tanpa hisab, kedua masuk ke neraka tanpa hisab dan ketiga yang akan dihisab. (tidak disebut "dimatematik"... (orang melayu telah menukar nama subjek hisab kepada subjek matematik...)
Dalam kumpulan ke tiga, ada tujuh golongan yang diberi naungan... imam adil dll (hadis  7 golongan yang dinaungi allah di akhirat kelak) Yang berat amal baik akan dimasukkan ke syurga tanpa meniti sebarang jambatan, yang berat amal jahat, masuk ke neraka. (masuk melalui pintu yang boleh dibuka dan ditutup (berdasarkan quran). yang sama berat diletakkan di al-a'raf, tempat di antara syurga dengan neraka (baca surah al-a'raf dalam quran.)


patin, rusa dan ayam utan
Penceramah mengingatkan para pendengar supaya menyiapkan diri untuk menghadapi mahsyar.


Thursday, May 26, 2011

Maahad Tahfiz di Masjid Al-Mustaqimah Cheras


mehrab masjid

Pelajar tahfiz sedang belajar dalam masjid


ruang parking khas

Menara masjid uia gombak.

Program Bank Muamalat di Masjid TJ

Us. Mohd Hafiz Hj Fauzi sedang berceramah
 Ketua Panel Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad Al-Fadhil Ustaz Mohd Hafiz Hj Fauzi berceramah di masjid taman temerloh jaya pada hari khamis malam jumaat 19.5.2011 yang lalu. beliau menyeru umat islam supaya meninggalkan bank-bank riba dan berpindah ke bank syariah khususnya bank muamalat. menurutnya Allah dan Rasul mengisytiharkan perang terhadap mereka yang terlibat dengan riba. Mereka itu termasuklah saksi, juru tulis, pegawai, jaga, kerani dll yang turut terlibat dalam institusi riba
sebahagian hadirin



Us. bersama pengerusi masjid.

Monday, May 16, 2011

Prof Dr Mohd Arif Kasmo

juru teknik masjid, en rusli dan cikgu nik...
 Ahad 8.5.2011 Dr Arif Kasmo memberi kuliah subuh di masjid TJ. Beliau membicarakan mengenai kajian sains dalam quran. antara yang diulas ialah mengenai bilangan ayat dalam  quran, apabila di plotkan dalam graf, akan melahirkan huruf allah dan muhammad (jawi). beliau juga menerangkan bagaimana semut bercakap, besi, kosmos yang mengembang,tamadun kota sarang semut dll. beliau turut menjual buku tulisannya.


Prof Arif sedang berceramah

para jamaah yang hadir pada subuh itu.

Saturday, May 14, 2011

Bersama Palestin


 14.5.2011 Kuliah maghrib malam ini di masjid Taman Temerloh Jaya bertajuk `Bersama Palestin`. Kuliah disampaikan oleh En. Mohd Nizam bin Awang, Biro Haluan Palestin.

Antara kandungan kuliahnya beliau menjelaskan bahawa isu Palestin adalah isu aqidah kerana bumi umat islam serta kiblat pertama Islam sedang dijajah oleh Yahudi. Menjadi tanggungjawab seluruh umaat Islam untuk membebaskannya. Beliau menyeru umat Islam di temerloh jaya supaya bersama-sama berusaha untuk membantu umat Islam di Palestin membebaskan baitul maqdis. Rasulullah dan para sahabat dahulu berperang bermandi darah untuk Islam, marilah kita mencontohinya.

En Mohd Nizam bin Awang sedang berceramah