"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Sunday, February 27, 2011

Kursus asas haji di masjid temerloh jaya.

kaabah dilanda banjir

kabah masa dulu

 Hari ini 27.2.2011 Ahad 9.00 pagi  bermulanya kursus asas haji di Masjid Temerloh Jaya. Program ini anjuran bersama Lembaga Tabung Haji Temerloh dengan AJK Masjid Teman Temerloh Jaya. Peserta dikenakan bayaran RM60.00 bagi menampung perbelanjaan ceramah serta kemudahan asas. Penyampai utama kursus ini ialah Ustaz Wahid Ghafar Ibrahim Al-Hafiz dari Maahad Tahfiz Al-Amin Kg. Berhala Gantang. Majlis dipengerusikan oleh ustaz Abdullah, imam masjid temerloh jaya.

Tn Hj. Mokhtar Pengurus tabung Haji Temerloh memberi penerangan kpd ajk masjid
Kursus ini akan diadakan setiap hari ahad sebanyak 17 kali hingga 19 jun 2011. selepas itu akan diadakan kursus intensif dan kursus haji perdana.

Masjid Temerloh Jaya dipilih sebagai lokasi program bagi memberi peluang kepada penceramah untuk lebih berfokus kepada peserta
Antara ajk yang hadir dlm majlis penerangan oleh pengurus TH.
dalam jumlah yang tidak terlalu besar.

Seminar Koperasi

pegawai angkasa sedang berucap, dipengerusikan oleh us. Mohd Nor Yatim.
 Pengerusi, S/U dan AJK biro Ekonomi Masjid Taman Temerloh Jaya telah menghadiri seminar koperasi yang dianjurkan oleh angkasa negeri Pahang Zon 2 di Hotel Sri Malaysia pada penghujung tahun lepas. Hasil dari seminar ini, ajk masjid bercadang untuk membuka koperasi ahli kariah masjid TJ. Dalam mesyuarat Agong baru-baru ini, ada usul dibuat agar masjid menubuhkan koperasi.Dengan adanya koperasi nanti diharapkan masjid menjadi one stop centre di daerah temerloh.
Pembentang kertas kerja dari UM

Prof Dr. Mohd Ali Baharum sedang berucap (presiden Angkasa)

Saturday, February 19, 2011

LCD di masjid Taman Temerloh Jaya.

sementara lalu di tepi sungai, ambil gambar ni...
 Masjid telah mendapat sumbangan dari ahli jamaah untuk memasang lcd dan skrin, tapi kontrektor tak sanggup pasang staging. Kerana itu terpaksalah S/U pasang sendiri. Pada hari khamis baru ni (17.2.2011) S/U dan rakan-rakannya telah mendapatkan staging bagi membolehkan lcd dipasang di masjid. Terima kasih S/U.
s/u bergaya selepas berjaya memasang staging.

anak buah bendahari dan anak buah pengerusi

Silong pun tak ketinggalan menyumbang tenaga

cikgu yazid

Ceramah maulidurrasul Prof Dato Dr Sidek Baba

Dalam tahun 70an kami sama-sama belajar di um
 15.2.2011 mengambil sempena keputraan Rasulullah, masjid temerloh jaya mengundang penceramah khas dari UIA. (saya baru rujuk `suka hadis`, dalam tu kata tarikh 12 rabi`ul awal tak tepat... ada unsur syiah agaknya)
masjid dibanjiri ahli qariah

jamaah masjid sedang tekun mendengar ceramah

Prof Dr Sidek Baba sedang menyampaikan kuliah

Saturday, February 12, 2011

mesyuarat agong pertama masjid tj

Ustaz Azmi Mohd Zain mewakili Qadi Temerloh merasmikan mesyuarat.
 Mesyuarat dirasmikan oleh wakil Qadi iaitu ustaz Azmi Mohd Zain. Beliau mengingatkan:
1) Ahli jamaah hendaklah menjaga keharmonian masjid
2) Ahli qariah hendaklah membantu AJK untuk memakmurkan masjid
3) Majlis agama menyediakan briged penceramah untuk memberi kuliah di masjid.

Selepas ucapan perasmian, majlis berhenti rehat sambil menikmati hidangan rengan.


Dalam membahaskan aktiviti masjid, beberapa isu telah dibangkitkan oleh ahli jamaah. Antaranya:
sebahagian ahli jamaah yg hadir sedang meneliti laporan mesyuarat

1) Kenapa ustaz yang menyampaikan kuliah diberhentikan? (Penjelasan) Tidak diberhentikan tetapi dia berhenti sendiri kerana tidak setuju dengan masa kuliah yang ditentukan oleh AJK.
2) Minta penjelasan tentang AJK yang tidak datang mesyuarat.(Penjelasan) mereka tidak diminta mengemukakan surat tunjuk sebab kerana setakat ini ketidakhadiran mereka tidak mengganggu mana-mana pihak.
3) mencadangkan supaya ditubuhkan biro politik di masjid.(penjelasan) akan dirujuk kepada pejabat agama.
4) Minta minit mesyuarat Ajk disertakan dalam buku laporan mesyuarat (penjelasan) tidakdapat dibuat kerana kos yang tinggi,sebaliknya akan dipamer dipapan kenyataan
5) Minta tambah kuliah sirah atau tamadun Islam.
6) wujudkan tabung palestin ( P ) insyaallah.
7) Sediakan parking lot (P) dalam proses.
8) Sediakan ruang papan kenyataan umum (P) insyaallah akan dibuat di pondok rehat.
9) Masa penceramah jemputan janganlah dihadkan (p) memang tidak dihadkan
10) Kanak-kanak bising ketika solat (P) Akan difikirkanaktiviti untuk mereka.
11) Adakah masjid menyimpan  di bank yang mengamalkan syariah? (P) Affin dan Agro tidak diketahui.
12) minta pendapatan dan perbelanjaan masjid ditampal di papan kenyataan (P) insyaallah.
13) Cadang supaya masjid di aircond (P)
Pengerusi, naib pengerusi, S/U, bendahari dan AJK telah menjawab dan memberi penjelasan terhadap semua perkara yang dibangkitkan.

Antara Usul yang dibahas dan diterima malam itu adalah:
1) mohon pelantikan wali hakim di temerloh jaya
2) pasang cctv di masjid
3) Pungutan derma rm10 sekeluarga setahun untuk aktiviti remaja
4) Penubuhan koperasi.
Mesyuarat berakhir hampir satu pagi.

Sunday, February 6, 2011

papantanda masjid

ejaan taman, mim macam fa tak bertitik....
Telah lama masjid tj mendapat papantanda nama masjid, satu bertulis rumi disebelah kanan, dan  satu lagi disebelah kiri pintu pagar bertulis jawi. Pertama-tama apabila saya melihat papantanda itu saya terfikir tulisan itu tidak cantik. Khatnya kelihatan kaku tidak berseni. orang lain juga komplain begitu tetapi tiada siapa yang menegur kata tulisan itu salah.  Pada mulanya tulisan itu diletak sebelah kanan,  bila pintu pagar dibuka, tulisan itu tertutup oleh pintu, tak nampak,,,, tak siapa pula yang peka.... sehingga kita ubah ke sebelah kiri supaya ia kelihatan... bukan apa, sengaja nak promot tulisan jawi. Orang sekarang sangatlah tak minat dgn tulisan jawi, banyak sekolah yang dulunya ada papantanda bertulis jawi, sekarang telah diganti dengan tulisan rumi sahaja...

kuliah di masjid lama tj

ini gambar masjid aqsa dan masjid kubah batu
Semalam saya telefon kawan di ump, tanya dia sudi ke datang ceramah sebulan sekali di masjid tj, dia kata insyaallah.... tapi kalau ajk tak nak dia, saya akan arrange di masjid lama. Macam sebelum ni, saya cari ustaz yang  boleh/mahu baca kitab fiqh sunnah...karangan syed sabiq, tapi masjid tj taknak... kita masukkan ke masjid lama. Alhamdulillah dah berjalan 3 minggu, nampaknya ahli jamaah yang hadir bertambah hingga dua saf. kuliahnya hari jumaat malam sabtu, maghrib isyak setiap minggu. Khamis malam jumaat pula ustaz najmi `bimbingan mukmin'. Ustaz Hanafiah Ali baca tafsir Ibnu kathir hari rabu malam khamis setiap minggu. sekarang ada pilihan. Di masjid abu bakar temerloh juga ada kuliah, pun di masjid mentakab...