"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Saturday, March 19, 2011

masjid - one stop centre

ruang niaga di masjid jamek segamat

 ruang niaga dalam kawasan masjid jamek segamat
ajk masjid bercadang untuk menjadikan masjid tmn temerloh jaya sebagai one stop centre. Semasa ke johor minggu lepas, kami singgah di masjid jamek segamat dan sempat mengambil gambar ruang niaga dalam kawasan masjid. banyak pintu. sayangnya tak buka. mungkin tak ramai pengunjung...
dua orang makcik berniaga di belakang masjid jamek segamat.

masjid kg mahsan, bahau.



masjid sri jempul n9

Sunday, March 6, 2011

Al-Quran dan Sains - Dr. Danial Zainal Abidin.

Pengerusi majlis: HjAbdullah Ismail
 Gambar sekitar ceramah Dr Danial Zainal Abidin di Masjid Taman Temerloh Jaya pada 5.3.2011.
Dr. Danial

Dr.Danial Zainal Abidin sedang menyampaikan ceramah di masjid TJ

para hadirin sedang asyik mendengar ceramah

Dr.Danial bersama pengerusi masjid.

Dr Danial diraikan dengan jamuan makan malam

Jaring burung

kerja pemasangan jaring sedang berlangsung
 Jemaah burung dinafikan hak memasuki masjid dengan pemasangan jaring burung yang dilakukan pada hari sabtu 5.3.2011. Sebelum ini jemaah burung berleluasa datang ke masjid tanpa mengira waktu solat atau tidak, malah diyakini sebahagiannya bercadang untuk terus bermastautin di masjid. Gelagat jemaah ini telah menggusarkan sebahagian pengunjung masjid kerana dipercayai jamaah burung ini telah meninggalkan banyak `drops' di lantai dan dinding masjid. Walau bagaimanapun, minat jamaah burung untuk berkunjung ke masjid amatlah menarik perhatian kerana ramai ahli kariah yang masih enggan ke masjid untuk solat berjamaah.
jaring perlu dipasang bagi menghalang jemaah burung masuk masjid.

One stop centre

Wali Hakim Us. Hamid Taib Sedang melengkapkan borang perkahwinan
 Masjid Taman Temerloh Jaya sedang berusaha menjadikan masjid sebagai `one stop centre'  di daerah ini. pelbagai aktiviti telah dilangsungkan di masjid seperti perkahwinan, kuliah, kursus, seminar, kelas Al-Quran, KAFA, mesyuarat, bayan tabligh dan sebagainya.
 membeli juadah untuk dibawa pulang selepas kuliah

buku dan pelbagai barangan

sedang menunggu majlis akad

pengapit pengantin menunggu majlis akad

Tetamu bukan Islam

sedang menjamu selera.
 5.3.2011 Masjid Taman Temerloh Jaya menerima tetamu bukan Islam iaitu En. Ong  Kim Hor. Beliau yang merupakan pengerusi bersama kursus Pemantapan sahsiah dan pengurusan Diri pelajar datang ke masjid bersama pengetua SMK Temerloh Jaya, Tn Haji Suhaimi Mohd Dahan. Kedatangan beliau dialu-alukan oleh pengerusi serta ajk masjid. Beliau bukanlah orang bukan Islam pertama yang datang ke masjid ini kerana sebelum ini telah ramai orang bukan islam datang. Dipercayai pembinaan masjid ini sebahagiannya dilakukan oleh orang bukan islam. Yang terbaru ialah pemasangan besi tempat menggantung LCD serta skrin lcd.



Smart partnership

pelajar sedang sarapan pagi
Kursus Pemantapan Sahsiah dan Pengurusan Diri
Pelajar Tingkatan 1 SMK Temerloh Jaya di Masjid Tmn Temerloh Jaya.
5.3.2011 8.00 pagi - 5.00 ptg.
Usaha sama Unit Bimbingan & Kaunseling dan
AJK Masjid Tmn Temerloh Jaya.
keluar rehat
 Matlamat: mengenal pasti potensi yang ada pada diri pelajar bagi menjadi sumber dorongan untuk dikembangkan secara positif kearah pembentukan yang menyeluruh dari sesgi jasmani, rohani, emosi dan intelek.
Mempertingkatkan kemahiran pengurusan diri dalam pelbagai aspek agar dapat bertingkahlaku dengan efektif
sedang tekun mengikuti program

sedang mengikuti program.
Pengerusi 1 Program: En. Sabri Salehuddin.
Pengerusi 2 : En. Ong Kim Hor.
Pengerusi 3 : En. Iqbal Firdausi Umar.
Penyelaras ; En. Hashim Saikon
S/U : Pn Nor Rohaini Yaacob
Bendahari: Pn Haslinda Mat Tozi.

Friday, March 4, 2011

Ceramah Dr Daneal Zainal Abidin Al-Quran dan Sains.

Perkara;                              Ceramah Agama
Tarikh:                                5.3.2011 Sabtu
Masa:                                 Lepas Maghrib
Tempat:                              Masjid Taman Temerloh Jaya.
Dr.Daneal Zainal Abidin.
 Tuan/puan dijemput hadir.
Dr.Daneal Zainal abidin.

Al-Aqsa baitul maqdis.