"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Monday, September 5, 2011

Masjid Nilai (lama)



 1.4.1928 Masjid ini siap dibina dan mula digunakan. Keperluan pada masa itu dan mungkin juga bilangan penduduk nilai tidak ramai, masjid comel ini hanya boleh muat beberapa puluh orang sahaja. Kini bandar nilai telah bertambah  besar dan penduduknya telah berlipat kali ganda ramai namun masjid ini tetap seperti dahulu. Untuk keperluan jamaah, ada dua masjid lagi dibina, satu tidak jauh dari masjid ini dan yang satu lagi di bandar baru nilai.Walaupun solat berjamaah lima waktu sentiasa didirikan di sini, namun masjid ini tidak lagi mendirikan solat Jumaat.


masjid lama nilai

No comments:

Post a Comment