|
kerja pemasangan jaring sedang berlangsung |
Jemaah burung dinafikan hak memasuki masjid dengan pemasangan jaring burung yang dilakukan pada hari sabtu 5.3.2011. Sebelum ini jemaah burung berleluasa datang ke masjid tanpa mengira waktu solat atau tidak, malah diyakini sebahagiannya bercadang untuk terus bermastautin di masjid. Gelagat jemaah ini telah menggusarkan sebahagian pengunjung masjid kerana dipercayai jamaah burung ini telah meninggalkan banyak `drops' di lantai dan dinding masjid. Walau bagaimanapun, minat jamaah burung untuk berkunjung ke masjid amatlah menarik perhatian kerana ramai ahli kariah yang masih enggan ke masjid untuk solat berjamaah.
|
jaring perlu dipasang bagi menghalang jemaah burung masuk masjid. |
No comments:
Post a Comment