"Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, mudah-mudahan, mereka menjadi dikalangan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Qur'an Surat At Taubah ayat 18)
http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com/

Wednesday, December 29, 2010

COUNTDOWN 2011M

Countdown 2011M
Masjid Taman Temerloh Jaya
31 Disember 2010 (Jumaat)
Selepas Solat Maghrib

Tentatif:
Bacaan Al Quranul Karim
Oleh Ustaz Shafii b. Hanafiah
(Johan Tilawah Al Quran Kebangsaan 2006)

Bercerita Kisah Agama
Oleh Adik Noramanina Bt Hasanuddin
(Johan Bercerita Peringkat Negeri Pahang)

Tazkirah Khas
Oleh Ustaz Asri b. Awang
(Pengurus Pusat Zakat Temerloh)

Nasyid Bermodul (CD)
Hj Abdullah B. Ismail
Ketua Penolong Pengarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Qiamullail (4.30 pagi)
Diimami Ustaz Abdullah b. Ibrahim
(Imam Masjid Taman Temerloh Jaya)

Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir

Monday, December 27, 2010

MAJLIS TILAWAH DAN TAZKIRAH AL QURAN

As Sheikh Abdullah Dawud Muhammad dari Tanzania sedang memperdengarkan bacaannya
Masjid Taman Temerloh Jaya telah berjaya menganjurkan Majlis Tilawah dan Tazkirah Al Quran selepas Maghrib hari Isnin 27.12.2010. Majlis bermula dengan Solat Maghrib diimami oleh Ustaz Hamdan Ismail Al Hafiz. Selepas itu, tazkirah mengenai Al Quran disampaikan oleh Dato Haji Zulkifli Al Hafiz. Sebelum Isya' Sheikh Abdullah Dawud Muhammad dari Tanzania telah memperdengarkan bacaan Al Quranul Karim. Beliau adalah naib johan musabaqah tilawatul quran antarabangsa Iran 2010 (Malaysia tempat keempat). 

Dato Hj Zulkifli Ali Al Hafiz, Pengerusi Maahad Tahfiz Phg
Dalam tazkirah Dato Hj Zulkifli ada menyebut ahli Al Quran adalah Ahli Allah kerana AlQuran ialah Kalamullah.  Dengan AlQuran kita boleh menjadi kuat, kaya, adil dan lain2. 
Antara tanggungjawab kita terhadap Al Quran adalah:
* beriman dan mengagungkannya.
* membaca dengan tajwid yang betul (tartil).
* Memahami dan menghayati. Contohnya orang Mukmin yang berjaya ialah mereka yang mempunyai ciri2 yang disebutkan diawal Surah Al Mukminun seperti kyusuk dalam solat, tidak membuat perkara yang sia2, membayar zakat, menjaga maruah, menunaikan segala janji dan amanah & menjaga sembahyangnya.
* melaksanakan Al Quran diperingkat individu, masyarakat dan negara.
* mendakwahkan kepada orang lain.

    Musyi Dayan bekas Perdana Menteri Israil berkata bahawa Yahudi tidak takut kepada orang2 Islam kerana:
    * mereka tidak membaca Al Quran.
    *jika mereka membaca pun, mereka tidak faham.
    * jika mereka faham pun, mereka tidak laksanakan.
    *jika mereka laksanakan pun, tidak bersungguh-sungguh.
      Para jemaah sedang khusyuk mendengar

      Kerana itu tanggungjawab kita untuk mentafsirkan al Quran dan melaksanaknnya di dunia (sebelum kita mati la) kerana Al Quran adalah mukjizat. Siapa yang memilikinya, mereka akan mempunyai kekuatan. Contohnya 81% pelajar Maahad Tahfiz Pahang berjaya mendapat 9A dalam PMR baru2 ini. 

      Umat Islam lemah bukan salah Al Quran, tetapi salah umat Islam yang tidak melaksanakan Al Quran. Jadikanlah Al Quran sebagai sumber rujukan dan panduan hidup, bukan kitab2 lain.

      Sheikh Abdullah Dawud sedang menandatangani buku pelawat

      Untuk tindakan serta merta, kita sendiri mestilah membaca Al Quran. Pastikan anak isteri juga membaca Al Quran dan hafal sebanyak mungkin ayat2 Al Quran.

       
      Sedang menjamu selera
      Selepas itu, para jemputan dirai makan malam di Hotel Sri Malaysia bersama AJK Masjid.

      Alhamdulillah ramai ahli jemaah yang datang. Masjid Temerloh Jaya penuh, sampai melimpah keluar.

      Terima kasih kepada semua yang telah bekerja keras dan yang telah  memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.

      CERAMAH: GENERASI AL QURAN

      tentatif:

      Solat Maghrib 
      Diimami Sheikh Hamdan Ismail Al Hafiz

      Ceramah: Generasi Al Quran
      Oleh Dato Hj Zulkifli Al Hafiz

      Tilawah Al Quran
      Oleh Sheikh Abdullah Dawud 
      (Naib Johan Qari Antarabangsa Iran 2010)

      Solat Isya'
      Diimami Sheikh Abdullah Dawud

      Pada 27 Disember 2010 (Isnin)
      Di Masjid Taman Temerloh Jaya

      Semua dijemput hadir

      Sunday, December 26, 2010

      KEM REMAJA TAQWA 2010 (25 &26.12.2010)

      Pendaftaran

      Syukur Alhamdulillah, Kem Remaja Taqwa 2010 anjuran Masjid Taman Temerloh Jaya yang diadakan pada 25 dan 26 Disember 2010 (Sabtu dan Ahad) di Masjid TJ telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Seramai 67 peserta lelaki berumur antara 10-16 tahun  telah menyertai Kem ini.






      tengah dengar ceramah
      6 modul telah dibentangkan kepada para peserta pada kem tersebut ialah Cinta Pada Allah, Rasul dan Ibu Bapa, Teknik Menghafaz Al Quran, Kuliah Maghrib, Tahsin Azan & Pengucapan Awam, Ibadat Solat dan Ibu Bapa Cemerlang, Anak Gemilang.



      sarapan


      AJK memasak



      makan dalam dulang

      riadah

      Nasyid hiburan alternatif















      Terima kasih kepada semua yang menolong dan memberi kerjasama yang baik Yang tak dapat menolong tu, insyaallah, minta Tuhan bukakan hati,  beri kelapangan, boleh tolong pula pada masa akan datang.






      Tuesday, December 21, 2010

      Kem Remaja Taqwa 2010

      Masjid Taman Temerloh Jaya akan mengadakan Kem Remaja Taqwa sempena cuti sekolah ini. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai kem tersebut.

      Tarikh: 25 & 26 Disember 2010 (Sabtu & Ahad)

      Masa Pendaftaran: 8.00pagi Sabtu 25 Disember 2010

      Tempat: Masjid Taman Temerloh Jaya

      Yuran Pendaftaran: RM 50

      Anjuran: Masjid Taman Temerloh Jaya

      Pertanyaan & Pendaftaran: 
      Ustaz Ramizul Amin (019-9603817)
      En. Md Yazed Misbah (019-9840625)
      Hj. Nik Kamil Nik Man (019-9310852)

      Objektif:
      1. Meningkatkan kefahaman peserta kepada keperibadian Muslim
      2. Mendedahkan kepada golongan remaja tentang ancaman yang boleh merosakkan aqidah umat Islam.
      3. Melahirkan remaja yang memahami Islam dalam kehidupan.

      Kumpulan sasaran: Peserta Lelaki berumur 10 hingga 16 tahun.

      Sila dapatkan tentatif program beserta borang penyertaan di Masjid Taman Temerloh Jaya.

      Sunday, December 19, 2010

      Kem anak soleh


       Sabtu dan ahad baru ni 18 dan 19.12.2010 masjid mengadakan program kem anak solehah untuk remaja putri. Lebih 150 peserta hadir. Mereka berumur antara 10 hingga 16 tahun. berbagai aktiviti telah dijalankan antaranya qiam al-lail, ceramah, motovasi, riadah, tahsin solah, akhlaq dan lain-lain. Program dikendali oleh anak-anak ahli qariah tj serta anak kawan-kawan yang baru balik dari ipta dan ipts. sumbangan mereka sungguh membanggakan.


      Program ini diusahakan oleh AJK muslimat masjid tj. mereka bertungkus-lumus bekerja untuk menjayakan program ini. ada yang tak balik-balik sejak mula program hinggalah ke akhir. 

      pada sebelah malamnya, dua penceroboh (lelaki) cuba masuk dengan menyamar konon untuk buang air. Apabila para pengawal melihat gelagat mereka mencurigakan mereka dikejar dan ditangkap. pihak polis mengenali para penceroboh kerana mereka telah ada rekod buruk sebelum ini. saya fikir mereka itu pasti geng tak sembahyang....(geng tak solat antara mazhab terpopular di malaysia).

      Pada minggu hadapan, 25 dan 26.12.2010 program anak soleh untuk remaja lelaki pula.  para ahli kariah dijemput menghantar anak lelaki masing-masing untuk menyertai program. Ia terbuka untuk remaja lelaki berumur antara 10 hingga 16 tahun. 

      minggu ini juga Masjid temerloh jaya baru mendapat signboard. sebelum ini tak bernama. bila ambil gambar, nampak bayang rumah depan masjid.

      Friday, December 10, 2010

      Kuliah Tafsir surah yasin ayat 33 - 44

      Dalil-dalil kekuasaan Tuhan (untuk kebangkitan dll)

      Selepas Allah menerangkan tentang perhimpunan di mahsyar di mana semua umat akan berkumpul pada hari kiamaat untuk dihisab dan diberi balasan, Allah menerangkan pula dalil tempat kebangkitan dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan di bumi yang kering (mati) dengan siraman air hujan,, maka terjadilah kebun-kebun dan mengalirlah sungai-sungai yang menjadi sumber penghidupan yang menjadi nikmat yang patut  disyukuri.
      Kemudian diterangkan tanda-tanda sebagai dalil kekuasaan Allah yang tiada hingganya iaitu pergantian siang dan malam, peredaran matahari serta pergerakan bulan di atas manzilah-manzilahnya.

      Sebahagian dari tanda kewujudan dan kekuasaan Allah untuk menghidupkan kembali manusia di akhirat kelak ialah menghidupkan bumi yang kering kontang tiada tumbuhan, dengan turunnya hujan menyebabkan tumbuh berbagai-bagai tumbuhan yang berlainan warna dan bentuk dan ada yang menghasilkan bijirin yang menjadi sumber makanan bagi manusia dan haiwan. Menghidupkan  tumbuhan dari bumi yang kontang sama juga dengan menghidupkan kembali manusia yang telah mati.

      Sesungguhnya pencipta semua makhluk yang terdiri dari manusia, haiwan, tumbuhan dan lain-lain lagi yang tidak kita ketahui adalah suci dari sekutu, ia maha berkuasa atas segala sesuatu. Ia memerintahkan kita agar tidak syirik malah hendaklah bersyukur.


      Kemudian allah menjelaskan  beberapa dalil lagi:
      1. penciptaan malam dan siang, bagaimana siang bersilih ganti dengan malam. pertukaran ini mengisyaratkan berpusingnya bumi dari timur ke barat.

      2. Peredaran matahari di atas garis edarnya (falak) hingga ke akhir yang ditakdirkan Allah kepadanya. Terdapat dua pendapat ulamak. (a) satu tempat di bawah arasy yang hampir dengan bumi pada satu arah di mana kedudukan matahaari dan sekalian makhluk masih tetap berada di bawah arasy. (b) tahap akhir perjalanannya iaitu hari kiamat.

      Ulamak falak (ahli astronomi) mendapati bahawa terdapat pertambahan putaran matahari secara jelas di tengah-tengah bintang disebabkan pusingan bumi mengelilingi matahari sekali dalam setahun. Matahari sendiri mempunyai dua pergerakan yang lain iaitu pusingan di atas paksinya iaitu sekali bagi setiap dua puluh enam hari dan pergerakannya bersama dengan planet-plenet pengiringnya yang bergerak dalam sistem solar dan galeksi dengan kecepatan yang sangat tinggi (dua ratus batu sesaat). (bersambung...)

      Wednesday, December 8, 2010

      Wahbah Zuhaili, Al-Munir, Tafsir surah `yasin', ayat 28-32

      Nasib Penduduk Kota Yg Menolak Rasul

      Penduduk Antokia tidak beriman terhadap rasul-rasul yang dihantar oleh Nabi Isa a.s. malah telah membunuh Habib bin Musa an-Najjar. Sebagai balasannya Allah menghukum mereka. Untuk membinasakan mereka Allah tidak perlu menurunkan tentera dari langit, malah hanya dengan satu pekikan oleh Jibril sahaja mereka semuanya mati. Itulah nasib bagi kaum yang mendustakan rasul. Keadaan sebegini telah berlaku kepada umat-umat yang terdahulu. Apakah mereka (penduduk Makkah) tidak mengambil pengajaran dari kebinasaan kaum `ad dan thamud yang telah mendustakan para rasul. Semua umat baik yang lalu mahupun yng akan datang, akan dikumpulkan pada hari kiamat untuk dihisab di hadapan Allah dan kemudian akan diberi pembalasan terhadap amalan baik atau buruk yang mereka telah lakukan.

      Pengajaran Ayat:
      1. Sesiapa yang tidak mempercayai rasul dan ajarannya akan menyesal dan rugi
      kesan sejarah antokia turki
      2. setelah mati manusia tidak akan kembali ke dunia.
      3. Hari kiamat adalah hari pembalasan, hisab, ganjaran baik atau buruk yang kekal.

      Monday, December 6, 2010

      Kelas KAFA Masjid temerloh jaya

      kelas tahap 2
       Hari ini kelas Kafa bermula di masjid TJ. 53 pelajar datang melapor diri. Kita wujudkan tiga kelas, iaitu kelas tahap 1, tahap 2 dan tahap tiga. Program dimulakan jam 9.00 pagi dengan pendaftaran murid. Diikuti dengan taklimat oleh pengerusi biro dakwah dan kemudiannya oleh pengerusi masjid. Pukul 10.00 pelajaran bermula hingga ke waktu zohor. Kelas berakhir dengan solat zohor secara berjamaah.
      tahap 2
       Program ini dibiayai oleh ahli qaryah sendiri sebelum insyaAllah ia didaftar di bawah JAIP.
      tahap 1

      tahap 3

      tahap 3
       Kurikulum berfokus kepada 2 bidang iaitu Al-Quran dan Ibadah.
       Al-Quran bertujuan untuk melatih murid supaya dapat membaca dengan makhraj yang betul dan bertajwid. Selanjutnya pelajar ini akan menghafaz surah-surah juzuk Amma.                               
      Bahagian Ibadah merangkumi wudhuk, tayammum
      tahap 1
      solat, muafiq, masbuq, jamak, qasar, adab masjid dan amalan sunnah.

      Dirahapkan dengan program ini murid-murid akan mahir melakukan ibadah solat di samping suka kepada masjid dan dapat menunaikan solat di masjid secara berjamaah sejak dari kecil lagi dan diteruskan sehinggalah ke akhir hayat.

      Friday, December 3, 2010

      Wahbah Zuhaili, Al-Munir, Tafsir surah `yasin', ayat 13 - 27.

      Kisah Penduduk kota Antokia. ayat 13 - 27
      Allah  membuat perbandingan mengenai penentangan dan kekufuran penduduk Makah dengan apa yang berlaku di Antokia, satu bandar di selatan Turki. Isa a.s menghantar tiga rasul dari kalangan hawariyyun untuk berdakwah, tetapi mereka mendustakannya. Rasul-rasul itu adalah Yuhana, Bulus dan Syam`un. Mereka mengatakan bahawa rasul-rasul itu hanyalah manusia biasa yang makan, minum dan berjalan di pasar. 

      Mereka mengatakan bahawa kedatangan rasul dan pendakwah itu hanyalah membawa keburukan kepada mereka seperti memecahbelahkan masyarakat, menimbulkan perselisihan dan huru hara. Jika mereka tidak berhenti berdakwah mereka akan direjam dengan batu dan akan disakiti, diseksa, dipenjara dan dibunuh. Rasul-rasul itu menjelaskan bahawa keburukan yang menimpa mereka itu adalah akibat tindakan mereka sendiri. Perpecahan lahir akibat mereka tidak mahu menerima kebenaran (Islam) dan menentangnya. 

      Dakwah ini telah didengar dan diterima oleh seorang tukang kayu yang tinggal jauh di hujung kota. Ia bernama Habib bin Musa An-Najjar (tukang kayu). Ia segera datang untuk membantu (nusrah) para pendakwah dan rasul-rasul itu. Ia menasihati kaumnya supaya mengikut dakwah rasul-rasul itu untuk keluar dari kesesatan. Pendakwah itu ikhlas, tidak meminta bayaran atau upah dan mereka berada dalam manhaj kebenaran dan petunjuk ilahi mengajak beribadat kepada allah yang esa tanpa syirik kepadanya.

      Penduduk Antokia sangat marah kepada Habib bin Musa lantas ia dihukum bunuh. Allah memasukkan Habib ke syurga. Malangnya penduduk Antokia tidak mengetahui betapa Habib mendapat balasan baik di akhirat, diampun dan diberi kemuliaan.

      Pengajaran:

      1. Cara berdakwah dalam Quran ada berbagai-bagai seperti dengan pemberian bukti, penjelasan, mengajak berfikir, penglihatan, cerita, kesah, ibarat serta perbandingan dan misalan.
      2. Rasul terdiri dari kalangan manusia biasa. (bukan jin atau malaikat)
      3. Rasul diberi mukjizat bagi membantu dakwahnya. Isa a.s. diberi berbagai mukjizat dan Nabi Muhammad  s.a.w. diberi mukjizat terbesar iaitu al-Quran.
      4. Para pendakwah dan pejuang islam biasanya akan ditentang dan mendapat pelbagai cubaan seperti siksaan, penjara, bunuh dan sebagainya.
      5. Bencana hakiki yang diterima oleh penduduk kota adalah syirik, kufur dan pendustaan terhadap rasul.  Bencana ini bukan datang dari rasul dan pendakwah akan tetapi ia adalah hasil dari  kekufuran dan penentangan mereka terhadap Islam.
      6. Akan sentiasa ada orang yang menyokong kebenaran pada setiap zaman walaupun sedikit dan ditindas.
      7. Pendokong islam diseksa dan dibunuh oleh musuh (kufar) akan tetapi Allah akan memuliakan mereka dan memasukkan mereka ke syurga yang kekal abadi.
      8. Kita patut mengambil contoh tindakan Habib bin Musa An-Najjar berdakwah kepada kaumnya supaya beriman, kita hendaklah juga berdakwah kepada bangsa kita. Banyak contoh pendakwah dalam quran seperti keluarga Firaun, penduduk Antokia dan zaman nabi, Ali bin Abu Talib.